| Oleh Suara Keadilan |
SHAH ALAM 10 Okt - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata Umno sebenarnya resah dan takut dengan senario kehilangan kuasa politik pada pilihan raya umum ke-13 dan bukannya mengenai masa depan politik orang Melayu.Merujuk kepada tulisan yang disiarkan di dalam Utusan Malaysia bertajuk “Kuasa Politik Penentu menjelaskan fitnah paling besar yang disebarkan oleh Umno di dalam perjuangan bangsa adalah Umno itu Melayu dan Melayu itu Umno. "Oleh demikian sebenarnya ia bukan mengenai kehilangan kuasa politik kaum Melayu tetapi keresahan mengenai kehilangan kuasa politik Umno itu sendiri. "Penentu sebenar masa depan bukan sahaja orang Melayu dan masa depan seluruh Malaysia bukanlah berdasarkan kepada kuasa politik sahaja tetapi sebenarnya kepada kontrak politik," kata Nurul Izzah dalam satu kenyataan beliau semalam. Beliau berkata kontrak Politik adalah satu perjanjian melibatkan semua rakyat untuk mencapai satu matlamat bersama yang berpandukan kepada syarat-syarat kuasa atau peraturan yang dinamakan Perlembagaan Persekutuan. ![]() "Kuasa Politik tanpa Kontrak Politik adalah seperti permainan bolasepak tanpa peraturan atau tindakan polis tanpa undang-undang. "Kuasa Politik tanpa Kontrak Politik akan menjadi alat kepentingan golongan elit dan bukan penterjemah kehendak rakyat," jelasnya. Tambah beliau, ketika ini Politik Ketakutan (politics of fear) yang penuh dengan retorik politik hasutan termasuk ancaman ‘perang saudara’ dan akan berlakunya kucar-kacir seperti yang dilaungkan oleh Perkasa dan Tun Dr Mahathir sedang digunakan untuk mempertahankan kuasa politik Umno dan bukan kuasa politik Melayu. "Sebaliknya, Nngara memerlukan budaya politik harapan dan kebebasan (politics of hope and liberation) untuk memartabatkan bangsa, agama dan negara secara adil dan saksama. Katanya, Kontrak Politik mesti bermula dengan permulihan Perlembagaan Persekutuan kepada bentuk asal dengan memansuhkan undang-undang anti-demokratik seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Universiti dan Kolej Universiti, Akta Hasutan serta mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan termasuk menarik balik perisytiharan darurat yang masih berkuatkuasa. "Selain itu proses dan peraturan pilihan raya mesti dipulihkan agar ia adil dan telus. Masanya telah tiba untuk semua lapisan rakyat menuntut diwujudkan kembali Kontrak Politik yang akan menentukan agar Kuasa Politik itu digunakan untuk kesejahteraan rakyat dan bukan untuk kekayaan Umno," ujar Nurul Izzah. |
ARTIKEL SEBELUM
11/10/10
Umno Bukannya Melayu Yang Takut Hilang Kuasa Politik
NEWS ONLINE
-
Miri bangkit sebagai hab hiburan serantau Borneo7 bulan yang lalu
-
DAP aktifkan jentera pilihan raya serta merta3 tahun yang lalu
-
Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri6 tahun yang lalu
-
Jangkitan beguk, murid SK Bukit Sentosa stabil7 tahun yang lalu
-
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata8 tahun yang lalu
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni9 tahun yang lalu
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar9 tahun yang lalu
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan11 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MINDA DAN AGAMA
-
BERPINDAH SEKOLAH TEMPAT BERKHIDMAT11 bulan yang lalu
-
Bahasa Arab Perlu Ditekankan Sejak Awal Persekolahan6 tahun yang lalu
-
Ayat Penawar Sakit6 tahun yang lalu
-
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT7 tahun yang lalu
-
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik?9 tahun yang lalu
-
Sajak "Keretapi Malam"11 tahun yang lalu
-
-
Kata Tun Mahadir Hudud Tidak Wujud Dalam al-Quran12 tahun yang lalu
-
UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH12 tahun yang lalu
-
-
-
-
DALIL TENTANG MAULID NABI MUHAMMAD SAW12 tahun yang lalu
-
-
Sebenar-benar sahabat14 tahun yang lalu
-
Jahil Masyuk!15 tahun yang lalu
-
MENGENAL DIRI YANG KE 7815 tahun yang lalu
posting terkini dari batuvskayu
-
Perutusan Dari Tun Mahathir5 tahun yang lalu
Sukan
-
-
Announcing Nas.io3 tahun yang lalu
-
The Return Of "MakHangpa"8 tahun yang lalu
-
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani (Nov. 2016)9 tahun yang lalu
-
Arsenal bakal sambar Reus10 tahun yang lalu
-
KITA MENANG LAPAN KALI!!!!!13 tahun yang lalu
-
-


