PAS berpendapat hasrat Perdana Menteri mahu mentransformasikan ekonomi melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) lebih bersifat angan-angan dan agak bertentangan dengan realiti semasa urustadbir negara.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, biarpun hasrat itu murni namun kepincangan urustadbir, ketelusan, rasuah dan ketirisan dibawah kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) dilihat penghalang utama mencapai hasrat tersebut.
"...keadaan semasa urustadbir dan ketelusan pihak Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) di ketika ini sebenarnya adalah merupakan satu halangan besar terhadap impian membawa negara ke ekonomi yang lebih kompetetif dan berdaya saing.
"Ini adalah kerana persekitaran kerakusan rasuah dan ketirisan pelaksanaan projek pembangunan ekonomi masih berleluasa serta ketelusan urus tadbir kerajaan yang masih berada di takuk lama malah semakin buruk adalah merupakan halangan terbesar yang gagal dihadapi oleh kerajaan pimpinan Umno BN sejak puluhan tahun di negara kita ini," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Selain itu, campurtangan politik dalam urustadbir juga memburukkan lagi keadaan sehingga pelabur semakin tidak yakin dengan Malaysia.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak di Majlis Hubungan Luar (CFR) yang berlangsung di New York, semalam mengenai Program Transformasi Ekonomi (ETP) di Malaysia.
Najib dalam ucapannya itu menjelaskan satu paradigma baru yang perlu dilakukan oleh Malaysia sebagai keperluan untuk menyesuaikan Malaysia dengan persekitaran global untuk bersaing dengan pasaran China, India dan Vietnam.
Bagaimanapun bagi PAS, harapan dan hasrat Najib itu sesuatu yang sukar jika kerajaan pemerintah sekarang tidak diubah.
Menurut Abdul Hadi lagi, PAS tidak terperanjat dengan pengumuman terbaru Laporan Daya Saing Dunia tahun 2010/2011, Forum Ekonomi Dunia yang mana Malaysia terus jatuh ke tempat 26 daripada 139 buah negara.
Untuk rekod dalam laporan sama 2009/2010 Malaysia di tempat 24 dari 133 negara dan dalam tahun 2008/2009 Malaysia di tempat 21 dari 134 negara.
"Keputusan ini juga sudah dijangka oleh PAS, malah oleh para penganalisa pasaran berdasarkan rekod buruk Malaysia dari segi ketelusan dan urus tadbir korporat," tambahnya lagi.- Harakahdaily