Oleh Suara Keadilan |
SHAH ALAM 24 Okt - Isu penglibatan dua mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia dalam Perhimpunan Agung Umno 2010 baru-baru ini sebagai suatu perkara yang harus dipandang serius oleh semua pihak khususnya pentadbiran UKM. Gabungan Mahasiswa UKM memberitahu bahawa kedua-dua mahasiswa berkenaan dipercayai pelajar Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina didapati telah mengambil bahagian dalam perbarisan perasmian Perhimpunan Agung Umno. "Kita bersimpati dengan nasib kedua mahasiswa ini yang jelas dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu atas kepentingan agenda politik mereka. "Kedua-dua mahasiswa berkenaan tidak harus diarahkan ke program tersebut atas kapasiti badan beruniform yang dianggotai mereka kerana ia dilihat mencabuli etika disiplin badan beruniform tersebut yang seharusnya bersifat non-partisan," kata GMUKM dalam kenyataannya Jumaat lalu. GMUKM telah menyatakan pendirian mereka bagi menangani isu ini dengan lima tuntutan, yang pertama mendesak pihak pentadbiran UKM menjalankan siasatan secepat mungkin bagi menjawab persoalan yang timbul berikutan isu ini. Kedua, menggesa pihak pentadbiran UKM memberikan penjelasan bagaimana sebuah universiti yang sepatutnya bersifat bebas partisan bertindak untuk pihak tertentu mempergunakan mahasiswa dalam program parti politik mereka. Ketiga, meminta pihak pentadbiran UKM dan Kementerian Pengajian Tinggi memberi penjelasan sama ada mahasiswa tersebut akan diambil tindakan sama seperti empat mahasiswa UKM yang didakwa di bawah Auku kerana didakwa melibatkan diri dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor April lalu. Keempat, menggesa pihak Kementerian Pengajian Tinggi khususnya Datuk Seri Khaled Nordin mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan kes ini. Kelima dan terahkir ialah mendesak pihak Kementerian Pengajian Tinggi menubuhkan satu suruhanjaya siasatan khas bagi menyiasat dakwaan bahawa ada kakitangan pentadbiran UKM terang-terangan pernah menyatakan sokongan terhadap sebuah parti politik dalam sebuah majlis rasmi di dalam UKM. Justeru itu, GMUKM berpendirian tegas bahawa mahasiswa tidak wajar dijadikan alat parti politik kerana mahasiswa mempunyai idealisma tersendiri dan seharusnya bebas daripada cengkaman mana-mana parti politik. GMUKM juga amat berharap kampus UKM akan sentiasa mengekalkan identiti universiti itu sendiri sebagai pusat ilmu yang unggul. |
ARTIKEL SEBELUM
25/10/10
UKM Jangan Jadi Balaci Umno
NEWS ONLINE
-
Projek Aerotrain baharu di KLIA dijangka siap lebih awal6 bulan yang lalu
-
DAP aktifkan jentera pilihan raya serta merta2 tahun yang lalu
-
Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri4 tahun yang lalu
-
Jangkitan beguk, murid SK Bukit Sentosa stabil6 tahun yang lalu
-
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata7 tahun yang lalu
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni8 tahun yang lalu
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar8 tahun yang lalu
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan10 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MINDA DAN AGAMA
-
Cerita Salasilah3 bulan yang lalu
-
Bahasa Arab Perlu Ditekankan Sejak Awal Persekolahan4 tahun yang lalu
-
Ayat Penawar Sakit5 tahun yang lalu
-
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT6 tahun yang lalu
-
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik?8 tahun yang lalu
-
Sajak "Keretapi Malam"9 tahun yang lalu
-
-
Kata Tun Mahadir Hudud Tidak Wujud Dalam al-Quran10 tahun yang lalu
-
UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH11 tahun yang lalu
-
-
-
-
DALIL TENTANG MAULID NABI MUHAMMAD SAW11 tahun yang lalu
-
-
Sebenar-benar sahabat13 tahun yang lalu
-
Jahil Masyuk!14 tahun yang lalu
-
MENGENAL DIRI YANG KE 7814 tahun yang lalu
posting terkini dari batuvskayu
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 tahun yang lalu
Sukan
-
-
Announcing Nas.io2 tahun yang lalu
-
The Return Of "MakHangpa"7 tahun yang lalu
-
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani (Nov. 2016)8 tahun yang lalu
-
Pic Viral Benzema in Arsenal FC9 tahun yang lalu
-
KITA MENANG LAPAN KALI!!!!!12 tahun yang lalu
-
-