ARTIKEL SEBELUM

9/10/10

SHAH ALAM 9 OKT: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali hari ini menyelar sebuah laporan akhbar arus perdana yang menfitnah beliau berhubung cadangan untuk Nurul Izzah bertanding jawatan Timbalan Presiden parti.

Laporan portal berita MStar milik akhbar The Star memetik Azmin sebagai kononnya mendakwa PKR akan dikritik jika Nurul menerima cadangan untuk bertanding jawatan kedua tertinggi dalam parti itu.

Azmin berkata akhbar berkenaan telah memutarbelitkan kenyataan beliau dengan niat mencalar imejnya menjelang pemilihan PKR peringkat nasional bulan depan.

Azmin berkata berita laporan Mstar bertajuk PKR akan dikritik jika Nurul tanding jawatan timbalan presiden jelas menyimpang daripada jawapan yang diberikan oleh beliau kepada wartawan berkenaan.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya laporan Mstar dan saya lihat ada usaha putar belit kenyataan saya menjelang pemilihan parti akan dating," beliau memberitahu TVSelangor

Azmin yang bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR menegaskan beliau amat jelas dengan jawapannya apabila berdepan dengan soalan yang diajukan oleh wartawan berkenaan.

"Soalan yang ditanya pada saya ialah apakah parti tidak akan dikritik sekiranya sekiranya Izzah bertanding jawatan Timbalan Presiden dan timbulnya isu nepotisme dalam parti. Itu soalan yang ditanya. saya masih ingat dengan segar," kata Azmin

"Jawapan saya ialah, dalam politik kita kena bersedia utk dikritik. Namun saya menjustifikasi sumbangan Izzah kepada parti. Tidak wujud persoalan nepotisme atau dinasti dalm PKR, sebab Izzah ada kebolehan tersendiri yang dibuktikan sejak tahun 1999.

"Ketika itu Anwar dalam penjara. Namun pada usia yang begitu muda Izzah mampu beri sumbangan besar pada parti. dengan lonjakkan sokongan … dengan agenda anak muda pada masa itu," tambah Azmin.
Azmin menegaskan bahawa sepanjang wawancara itu, beliau juga menjelaskan perbezaan ketara dalam PKR dan Umno berhubung anggota keluarga yang menceburi bidang politik.

Beliau berkata kemenangan Nurul pada pilihan raya umum 2008 dan rekod beliau ketika ayahnya Anwar Ibrahim difitnah dan dipenjarakan, menjadi bukti nyata mengenai kewibawaan Nurul sebagai pemimpin generasi muda.

“Saya tidak setuju jika dakwaan wujudnya dinasti dalam PKR. Berbeza dengan Umno-BN, dimana dalam Umno, pemimpin tertinggi cuba beri laluan dan paksa anak dan menantu masing-masing. Ini tak berlaku dalam Keadilan kerana izzah mempunyai potensi dan kemampuannya tersendiri.

"Di Lembah Pantai dia dah kalahkan nama besar dalam wanita umno (Sharizat Jalil). Dia ada kekuatan tersendiri dan terserlah ketika bapanya berada dlam penjara," tambah beliau.

Merujuk kepada cadangan supaya Nurul bertanding jawatan timbalan presiden PKR, Azmin berkata beliau menyerahkan kepada ahli parlimen itu untuk membuat keputusan berkenaan.

Nurul berkata beliau akan memutuskan esok sama ada untuk menimbang pencalonan untuk beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Seorang lagi calon untuk jawatan itu, Zaid Ibrahim berkata beliau sanggup menarik diri dari perlumbaan untuk jawatan itu setelah hanya memperolehi 38 pencalonan berbanding 102 yang di raih oleh Azmin.

Bagaimanapun Zaid, tidak menolak kemungkinan bertanding jawatan presiden, menentang ibu Nurul, Datuk Seri Dr Wan Azizah, jika Nurul setuju untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden.

Zaid berkata beliau mahu membantu Nurul untuk menjadi Timbalan Presiden namun bersedia menimbang untuk bertanding jawatan presiden jika, menurut beliau, langkah itu membantu menguatkan parti.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud