ARTIKEL SEBELUM

7/10/10

PKR: Ada 'tangan' di belakang Rahimi

Dua peguam yang didakwa memaksa Rahimi Osman membuat dua akuan bersumpah memberi amaran mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Peguam N Surendran berkata, kenyataan Rahimi itu jelas pembohongan dan fitnah terhadap dua anak guamnya Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli.

"Tanpa ragu, kami rasakan ia merupakah satu fitnah. Kami akan keluarkan surat peguam supaya beliau membuat permohonan maaf terbuka atau menghadapi tindakan undang-undang," kata Surendran.

Ditanya sama ada beliau akan memberikan seminggu kepada Rahimi menarik balik dakwaannya semalam, Surendran berkata: "Lebih cepat daripada itu."

"Saya rasa dia tak perlu seminggu. Dia tahu dia berbohong. Hanya perlu 24 jam untuk tarik balik," katanya.

Tangan belakang

Sementara itu bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR tengah hari ini, Latheefa dan Saiful secara rasmi menafikan dakwaan Rahimi bahawa lelaki itu dipaksa membuat akuan bersumpahnya yang mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Menurut mereka, Rahimi sebaliknya membuat akuan tersebut dengan kerelaan.

Latheefa dan Saiful - kedua-duanya pemimpin kanan PKR - juga mempersolakan dakwaan Rahimi semalam memandangkan ia dibuat selepas dua tahun setengah.

Sementara itu, Naib Presiden PKR R Sivarasa pula berkata, pihaknya mengesyaki ada pihak lain di belakang Rahimi.

"Ada tangan di belakang dia yang merancang episod baru ini? Itu akan kita ceritakan. Itu akan jadi bab kedua dalam beberapa hari lagi. Kami akan beritahu," kata Sivarasa masih berteka-teki.- mkini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud