ARTIKEL SEBELUM

15/10/10

Pinjaman Rumah 100 Peratus Untuk Golongan Muda


KUALA LUMPUR 15 OKT : Bajet 2011 turut memperkenalkan satu skim baru iaitu 'skim rumah pertamaku' melalui Cagamas bagi membantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah.

Skim berkenaan menawarkan jaminan pihak kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah harga RM 220,000.

"Skim ini adalah untuk pembeli rumah pertama berpendapatan isu rumah kurang daripada RM3,000 sebulan," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentang bajet 2011 di Dewan Rakyat petang ini.

"Dalam kata lain, pembeli rumah mendapat pinjaman 100 peratus tanpa perlu mengeluarkan 10 peratus wang pendahulun, seperti amalan lazim," tembahnya.

Pada masa yang sama, tambahnya, pembeli rumah pertama juga diberi pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus di atas surat cara pindah milik rumah yang berharga tidak melebihi RM350,000.

"Kerajaan juga mencadangkan pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus diberi ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi membiayai pembelian rumah pertama tersebut.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud