ARTIKEL SEBELUM

4/10/10

Nazri: RPK akan selamat jika pulang ke M'sia

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini memberi jaminan kepada Raja Petra Kamaruddin bahawa penulis blog itu akan selamat sekiranya dia pulang ke Malaysia.

"Mengapa dia melarikan diri? Sama seperti saksi dari Thailand (pakar patologi, Dr Pornthip Rojanasunand) untuk kes Teoh Beng Hock yang mendakwa nyawanya terancam. Namun beliau datang dan pulang dengan selamat,” katanya pada sidang media.

"Ini (alasan keselamatan) hanya satu alasan untuk tidak bekerjasama... Malaysia bukan sebuah republik pisang.”

Nazri berkata, daripada melanggar syarat-syarat jaminannya, Raja Petra yang juga dikenali sebagai RPK, sepatutnya berkongsimaklumat dengan pihak berkuasa.

"Saya berharap dia akan bantu kami...saya lebih suka jika dia boleh pulang dan menghadapi pertuduhan dan mematuhi undang-undang negara,” kata Nazri.

Raja Petra menghadapi tuduhan menghasut dan fitnah, tetapi dilepaskan tanpa dibebaskan apabila waran tangkap gagal diserahkan kepadanya.

Beliau dituduh memfitnah Datin Seri Rosmah Mansor, semasa Datuk Seri Najib Razak menjadi timbalan perdana menteri serta pegawai pengiring Rosmah ketika itu, Lt Kol Norhayati Hassan dan suaminya Lt Kol Abdul Aziz Buyong, dalam satu akuan bersumpah yang dibuat di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 10.25 pagi 18 Jun tahun lalu.

Ia juga ada kaitan dengan tulisannya 'Let's send the Altantuya murderers to hell' yang dimuatkan di blognya.

Raja Petra dipercayai melarikan diri ke Britain selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah.- mkini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud