ARTIKEL SEBELUM

13/10/10

Lirik Biasa bila nak ada PRK !!

Parti Keadilan Rakyat (PKR) ranting Lepar Utara dibubarkan selepas kesemua 215 anggota ranting itu hari ini menyertai Umno kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti tersebut.

Penyerahan borang keahlian Umno disampaikan oleh wakil kumpulan berkenaan, Abdul Rahim Darus kepada Ketua Umno Bahagian Paya Besar Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman pada satu majlis ringkas yang diadakan di pejabat Umno Paya Besar di Kuantan, hari ini.

Ketika ditemui pemberita, Abdul Rahim, 61, berkata beliau mewakili bekas ketua ranting itu Shamsuddin Md Hassan yang kini dirawat di sebuah hospital di Kuantan.

Katanya keputusan kesemua mereka termasuk Shamsuddin untuk menyertai Umno adalah kerana kecewa dengan cara mesyuarat pemilihan parti yang berlangsung baru-baru ini yang didakwa tidak telus dan ada agenda kepentingan peribadi.

Ahmad Tajuddin berkata keputusan kesemua bekas anggota PKR itu untuk menyertai Umno membuktikan PKR bukan parti yang sesuai untuk dipilih rakyat.

Katanya, semua mereka akan diserapkan menjadi anggota Umno Cawangan Lepar Utara yang baru ditubuhkan dua bulan lepas dengan 75 anggota.

- Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud