ARTIKEL SEBELUM

25/10/10

Kes liwat: Ada laporan perubatan awal ke atas Saiful, kata saksi


Anwar Ibrahim (tengah)
KUALA LUMPUR, 25 Okt — Pakar bedah Razali Ibrahim hari ini mendedahkan terdapat laporan perubatan awal berkenaan aduan Mohd Saiful Bukhary Azlan - sekali gus mengejutkan Mahkamah Tinggi yang sedang mendengar kes liwat melibatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam Cara Kanan II Datulk Yusof Zainal Abiden juga kelihatan terkejut dengan keterangan Razali.

“Ini kali pertama saya mendengar perkara ini,” kata Yusof ketika prosiding pagi ini.

Ketika disoal balas oleh peguam utama Anwar Karpal Singh, doktor itu berkata, terdapat laporan awal yang memperincikan pemeriksaan perubatan ke atas Saiful yang dibuat antara 28 Jun dan 13 Julai 2008.

Pada 13 Julai, Razali dan dua rakannya dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) - Dr Khairul Nizam Hassan dan Dr Siew Sheue Feng — telah menyatukan nota-nota pemeriksaan mereka ke atas Saiful — yang telah pun diketengahkan di mahkamah sebagai bukti kes.

Bagaimanapun Razali berkata beliau tiada laporan itu dengannya buat masa sekarang.

Justeru, Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah mengarahkan prosiding ditangguhkan sementara bagi membolehkan Razali mendapatkan dokumen kontroversi itu daripada HKL.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud