ARTIKEL SEBELUM

13/10/10

Keputusan Pemilihan Cabang Subang Dibatalkan

Oleh Suara Keadilan
pkr1PETALING JAYA 13 Okt - Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang bermesyuarat pada 5 Oktober 2010 membatalkan keputusan Pemilihan Cabang Subang pada Mesyuarat Agung Tahunan Cabang 2010 pada 26 September lalu setelah meneliti laporan oleh pengawas pemilihan.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail berkata JPP juga telah juga telah memutuskan dua individu iaitu Saudara Muhammad Najmi Samsudin (no ahli B160000934) dan Saudara Sivam a/l Veeramuthu (no ahli B160000800) telah hilang kelayakan bertanding pada pemilihan Cabang Subang yang akan diadakan semula apakala tarikh baru ditentukan oleh sekretariat Ibu Pejabat Parti.

"Mereka berdua akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin untuk tindakan selanjutnya bilamana mereka akan dipanggil memberi keterangan. Sementara menunggu kes mereka dihadapkan kepada Jawatankuasa Disiplin, keanggotaan mereka digantung mengikut fasal 27.3 Perlembagaan Parti berkuatkuasa serta merta," kata Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud