Nazri Abdullah |
GUA MUSANG, 30 Okt: Siri kempen Pilihan Raya Kecil Galas memperlihatkan Umno terus terdesak apabila cuba menyamakan bentuk kerjasama Umno-MCA dengan PAS-DAP. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, bentuk kedua-dua kerjasama tersebut adalah sangat jauh berbeza di mana Umno perlu wala' (patuh) kepada MCA biarpun terpaksa menggadai perinsip Islam. Manakala dalam hubungan PAS-DAP, kedua-duanya hanya bertahaluf (berkerjasama) atas perkara yang sependapat, tanpa menyentuh atau menggadai perinsip Islam. "Ada dua kerjasama- kerjasama tahaluf, iaitu satu kesefahaman di dalam menentang kezaliman dengan tidak menggadaikan prinsip Islam yang telah ditetapkan oleh Allah. "Kerjasama kedua ialah kerjasama wala' yang memberi kelonggaran kepada Islam dengan menggadaikan ketetapan Islam sehingga sanggup menentang Islam," katanya. Beliau menjawab dakwaan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berkempen di kawasan masyarakat Orang Asli Galas bahawa, PAS hanya membuat fatwa ‘ikut suka’ demi kepentingan diri. Timbalan Perdana Menteri itu merujuk kepada kenyataan Abdul Hadi pada satu ceramah di sini yang menjelaskan kerjasama PAS-DAP adalah tidak salah dan berbeza dengan kerjasama Umno-MCA. Semalam, memberi respons isu sama, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz melahirkan rasa hairan di atas sikap ‘buat-buat tak faham’ Umno melihat perbezaan tersebut. "Kadang-kadang terfikir juga pasal apa tak faham sangat Umno ini pada hal telah berkali-kali kita beri penjelasan. "Kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. "PAS masih dengan agenda Islamnya bahkan kami di Kelantan setiap tahun meraikan Hari Hudud," katanya. Mengulas lanjut, Nik Aziz berkata kerjasama dengan DAP yang dikatakan sebagai chauvinis Cina tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. Beliau menyifatkan Umno masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit sehingga tidak tahu menilai kesyumulan Islam secara keseluruhan. "Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama Lebai Malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, bila Melayu dan Islam ialah perkara yang sama. "Apa yang mereka tahu, hanya mengkritik orang saja," jelasnya. |
ARTIKEL SEBELUM
30/10/10
Kempen Umno makin terdesak di Galas
NEWS ONLINE
-
-
DAP aktifkan jentera pilihan raya serta merta2 tahun yang lalu
-
Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri5 tahun yang lalu
-
Jangkitan beguk, murid SK Bukit Sentosa stabil6 tahun yang lalu
-
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata7 tahun yang lalu
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni8 tahun yang lalu
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar8 tahun yang lalu
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan10 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MINDA DAN AGAMA
-
BERPINDAH SEKOLAH TEMPAT BERKHIDMATSebulan yang lalu
-
Bahasa Arab Perlu Ditekankan Sejak Awal Persekolahan5 tahun yang lalu
-
Ayat Penawar Sakit5 tahun yang lalu
-
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT6 tahun yang lalu
-
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik?8 tahun yang lalu
-
Sajak "Keretapi Malam"10 tahun yang lalu
-
-
Kata Tun Mahadir Hudud Tidak Wujud Dalam al-Quran11 tahun yang lalu
-
UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH11 tahun yang lalu
-
-
-
-
DALIL TENTANG MAULID NABI MUHAMMAD SAW12 tahun yang lalu
-
-
Sebenar-benar sahabat13 tahun yang lalu
-
Jahil Masyuk!14 tahun yang lalu
-
MENGENAL DIRI YANG KE 7815 tahun yang lalu
posting terkini dari batuvskayu
-
Perutusan Dari Tun Mahathir5 tahun yang lalu
Sukan
-
-
Announcing Nas.io2 tahun yang lalu
-
The Return Of "MakHangpa"8 tahun yang lalu
-
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani (Nov. 2016)8 tahun yang lalu
-
Arsenal bakal sambar Reus9 tahun yang lalu
-
KITA MENANG LAPAN KALI!!!!!13 tahun yang lalu
-
-