Analisa oleh M FAQIH |
![]() Di sebelah lagi ada bukit, tumbuh subur pokok getah yang menjadi sumber rezeki penduduk. Inilah keunikan Gua Musang yang tidak ada di tempat lain. Di mana-mana sahaja anda menjejak kaki pasti ketemukan gua batu kapur. Berbeza dengan Ipoh dan Batu Caves di Selangor kerana di sini, panoramanya masih segar. Belum ada pencemaran udara yang boleh menyedakkan dada. Bangkit dari tidur di awal pagi, suasananya tidak ubah seperti di Tanah Tinggi Lojing atau Cameron Highlands. Sejuknya mencucuk ke kulit. Hawa sejuk beransur menjadi sedikit hangat apabila muncul matahari di sebalik gua-gua batu kapur. Hangatnya kini bertambah sekali ganda apabila dicurah dengan isu-isu politik bagi menarik simpati pengundi. Menonton televisyen atau membaca akhbar harian, pastinya kesimpulan mudah dibuat calon Barisan Nasional (BN) sudah menang mudah di atas kertas. Pendidikan setakat SPM bukan menjadi perkiraan bagi Umno dan BN. Ini kerana tiada sijil pun ada agensi boleh memberi pekerjaan. Syaratnya mesti penyokong setia Umno. Ada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kemas, Kesedar, Rela dan banyak lagi agensi yang mendapat peruntukan kerajaan dikutip daripada rakyat digunakan bagi membayar gaji atau elaun penyokong Umno.
Setiap gerak dan geri dirakam lensa kamera. Kenyataannya disumbat dalam media harian setiap hari. Sebelum meletak jawatan bertanding dalam pilihan raya, beliau merupakan pengurus kilang milik Kesedar. Hari ini Tuan Aziz hilang pekerjaan di kilang Kesedar kerana gagal dalam pertaruhan di Manek Urai. Namun beliau tidak perlu risau kerana ada peluang mendapat kontrak kerajaan. Kedua-dua Abdul Aziz ini mungkin berkongsi pengalaman, mengulangi nasib serupa. Abdul Aziz Limau sudah lama mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor. “Biar pun sekolah setakat tingkatan lima, namun dia jarang berkawan dengan orang kampung. Rakan-rakannya dari kalangan kontraktor,” kata seorang kakitangan di Kesedar. Tanpa berselindung beliau meluahkan Abdul Aziz Limau tidak jauh berbeza dengan Tuan Aziz, Kuala Krai. Kedua-dua seumpama golongan elit yang dilahirkan dari mahligai Kesedar. Apa yang mampu orang kampung harapkan kepada mereka. Kelayakan untuk bergelar wakil rakyat sejak dari awal lagi menjadi buah mulut orang. Maka tidak keterlaluan dikatakan Umno bermula dalam keadaan tempang di Galas. Berlainan benar berbanding dengan Batu Sapi di Sabah. Pengarah Jentera Pilihan Raya BN Dun Galas, Tengku Razaleigh Hamzah was-was sejak dari awal lagi. “Pengundi di Gua Musang lebih menyukai corak kempen secara sederhana, seperti bersua muka dengan pengundi. Disebabkan itulah saya mahu jentera berbuat demikian,” ujarnya kelmarin. Ku Li juga tidak hadir di pusat penamaan calon 26 Oktober lalu. Ketempangan kelihatan berganda-ganda menimpa Ku Li. Apakah ini doanya yang pernah diminta Ku Li untuk selama-lamanya bergelar gurkha. Kelmarin Tengku Razaleigh melawat pusat mengundi pos Hao untuk bertemu pengundi Orang Asal yang terletak lebih 40km dari Gua Musang. Kalau dahulu Ku Li dianggap masyarakat Orang Asal sebagai ‘Raja Kita’, namun sekarang tidak lagi. Aris Itam Tambo, 38 dari Pos Hau memberitahu rata-rata masyarakat Orang Asal tidak lagi menghormati Ku Li. “Tidak ada apa yang hendak dimegahkan. Kami hanya mahu wakil rakyat yang mampu selesaikan masalah tanah, Ku Li dan Abdul Aziz tidak ada kuasa berbuat demikian,” katanya. |
ARTIKEL SEBELUM
30/10/10
Kami perlukan YB yang boleh selesai masalah
NEWS ONLINE
-
-
DAP aktifkan jentera pilihan raya serta merta2 tahun yang lalu
-
Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri5 tahun yang lalu
-
Jangkitan beguk, murid SK Bukit Sentosa stabil6 tahun yang lalu
-
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata7 tahun yang lalu
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni8 tahun yang lalu
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar8 tahun yang lalu
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan10 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MINDA DAN AGAMA
-
BERPINDAH SEKOLAH TEMPAT BERKHIDMATSebulan yang lalu
-
Bahasa Arab Perlu Ditekankan Sejak Awal Persekolahan5 tahun yang lalu
-
Ayat Penawar Sakit5 tahun yang lalu
-
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT6 tahun yang lalu
-
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik?8 tahun yang lalu
-
Sajak "Keretapi Malam"10 tahun yang lalu
-
-
Kata Tun Mahadir Hudud Tidak Wujud Dalam al-Quran11 tahun yang lalu
-
UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH11 tahun yang lalu
-
-
-
-
DALIL TENTANG MAULID NABI MUHAMMAD SAW12 tahun yang lalu
-
-
Sebenar-benar sahabat13 tahun yang lalu
-
Jahil Masyuk!14 tahun yang lalu
-
MENGENAL DIRI YANG KE 7815 tahun yang lalu
posting terkini dari batuvskayu
-
Perutusan Dari Tun Mahathir5 tahun yang lalu
Sukan
-
-
Announcing Nas.io2 tahun yang lalu
-
The Return Of "MakHangpa"8 tahun yang lalu
-
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani (Nov. 2016)8 tahun yang lalu
-
Arsenal bakal sambar Reus9 tahun yang lalu
-
KITA MENANG LAPAN KALI!!!!!13 tahun yang lalu
-
-