ARTIKEL SEBELUM

5/10/10

Jangan jadi Batu api - Mustaffa Kamil

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mustaffa Kamil Ayub mengingatkan Perkasa supaya tidak menjadi “batu api” antara beliau dan Azmin Ali dalam perebutan jawatan timbalan presiden parti itu.

“Sekiranya Perkasa mahu melihat saya bersengketa dengan saudara Azmin dan Zaid Ibrahim (Datuk), saya nak tegaskan bahawa seluruh pemimpin PKR matang dalam menangani polilitik busuk Perkasa-Umno ini,” kata beliau pada sidang media di sini tengah hari ini.

Sehubungan itu Mustaffa yang bertanding jawatan timbalan presiden PKR berkata beliau percaya ahli-ahli dan pemimpin parti tidak akan terperangkap dengan usaha Perkasa yang cuba untuk melaga-lagakan mereka.

“Sebab itu saya minta Perkasa supaya menghentikan politik perkauman eksterm.

“Hentikan sandiwara perkauman yang bertujuan untuk menjatuhkan imej PKR,” katanya.

Semalam, Perkasa yang kecewa dengan kenyataan Azmin yang mengaitkan pertubuhan itu dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, menggesa ahli-ahlinya tidak mengundi naib presiden itu yang turut bertanding jawatan timbalan presiden PKR, sebaliknya meminta supaya memilih Mustaffa.

Ketua Pemuda Perkasa Arman Azha Abu Hanifah (gambar) berkata Mustaffa adalah calon paling layak bagi jawatan timbalan presiden kerana latar belakangnya dari Abim.

“Mustaffa dari Abim, beliau mempunyai agenda Islam dan berjuang untuk kebaikan orang Melayu... Azmin di sebelah lain tidak berminat untuk memperjuangkan kepentingan komuniti orang Melayu,” kata beliau.

“Azmin hanya sesuai untuk jadi budak kopi Anwar,” kata Arman yang kecam Azmin berhubung kenyataannya ketika berucap pada mesyuarat agung tahunan cabang PKR

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud