ARTIKEL SEBELUM

24/10/10

Dr M yakin p'raya bukan dalam masa terdekat

Bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat pilihan raya umum ke-13 tidak akan diadakan dalam masa terdekat meskipun terdapat gesaan daripada Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak agar perubahan-perubahan parti dilakukan dengan segera.

"Saya tak ingatlah akan cepat. Ada masa lagi," katanya ringkas ketika ditemui selepas berakhirnya Perhimpunan Agung Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Menyentuh mengenai ucapan penggulungan Najib selaku presiden parti, Dr Mahathir berkata ia bukan sahaja membangkitkan semangat Umno yang dahulu malah turut menjawab banyak persoalan yang dibangkitkan dan menghapuskan kekeliruan.

Beliau turut menyokong rancangan Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk turun padang melawat lebih 20,000 cawangan Umno di negeri-negeri kerana ia akan merapatkan perhubungan antara pemimpin dengan rakyat.

Mengulas mengenai pelbagai perubahan dalam sistem pendidikan yang diumumkan Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, Dr Mahathir berkata ia adalah perubahan yang baik namun ia perlu dilaksanakan dengan tegas.

Muhyiddin, dalam sesi penggulungan perhimpunan antara lain mengumumkan bahawa mata pelajaran Sejarah dijadikan sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013, selain dijadikan mata pelajaran teras di peringkat sekolah rendah.


- Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud