ARTIKEL SEBELUM

24/10/10

Dah mula projek mee segera di Galas

hiasan

Muhyiddin rasmi projek perumahan rakyat RM300 juta di Galas


GUA MUSANG: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan merasmikan projek perumahan rakyat yang menelan belanja RM300 juta bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas untuk dimiliki penduduk berpendapatan rendah.

Projek perumahan itu pada peringkat awalnya membabitkan 1,500 unit kediaman akan dijual dengan harga antara RM33,000 hingga RM35,000 seunit dengan bayaran RM190 sebulan selama 26 tahun.

Muhyiddin, yang dalam rangka lawatan sehari ke Kelantan, tiba di Gong Kedak, Terengganu pada jam 10 pagi dan dijadualkan menghadiri tiga program di daerah Gua Musang. Timbalan Perdana Menteri akan memulakan program pertama iaitu Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Mukim Bandar, Gua Musang pada 12 tengah hari.

Muhyiddin selepas itu akan menghadiri Mesyuarat Tertutup Bersama Badan Perhubungan UMNO Kelantan dan UMNO Gua Musang di Bukit Chekati pada jam 3 petang.

Selepas itu, Muhyiddin akan menghadiri Mesyuarat Tertutup bersama Barisan Nasional Kelantan dan Barisan Nasional Gua Musang, di tempat yang sama sebelum pulang ke ibu negara.

- BERNAMA

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud