Oleh Fazli Othman |
KUALA LUMPUR 19 Okt - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin semasa sesi perbahasan Bajet 2011 semalam berkata beliau akan mengikut jejak langkah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana beliau menganggap beliau lebih arif berhubung isu yang berkaitan Islam. Dalam ucapannya beliau mengulangi mendakwa kerajaan negeri Pulau Pinang menggunakan wang hasil daripada kutipan judi untuk memberikan bantuan kepada warga emas sebanyak RM100 setahun. Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng yang bangun meminta laluan menyanggah kenyataan Bung Mokhtar kerana mempertikaikan bantuan tersebut. "Kerajaan Negeri Pulau Pinang sudah berkali-kali menafikan dakwaan tersebut. "Adakah Yang Berhormat Kinabatangan tahu bahawa elaun yang ahli parlimen dapat setiap bulan adalah daripada hasil cukai yang disatukan. "Saya cabar Ahli Parlimen Kinabatangan memulangkan semula elaun yang diterima setiap bulan itu. "Cukai itu merupakan hasil kutipan daripada syarikat judi seperti Toto, Magnum dan Genting, adakah Yang Berhormat akan memulangkan elaun tersebut atau jangan terima langsung kerana ianya daripada hasil judi," soal Chong Eng. Mokhtar yang agak tergamam mendengar hujah ahli parlimen wanita itu secara spontan berkata beliau akan mengikut jejak langkah presiden PAS berhubung isu elaun tersebut. "Kalau presiden PAS terima, saya terimalah. Saya akan ikut Presiden PAS daripada belakang," ujar Bung Mokhtar selepas gagal menjawab isu elaun yang ditimbulkan itu. |
ARTIKEL SEBELUM
20/10/10
Bung Terkelu Lidah Bila Berdepan Ahli Parlimen Wanita PR
NEWS ONLINE
-
Projek Aerotrain baharu di KLIA dijangka siap lebih awal7 bulan yang lalu
-
DAP aktifkan jentera pilihan raya serta merta2 tahun yang lalu
-
Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri5 tahun yang lalu
-
Jangkitan beguk, murid SK Bukit Sentosa stabil6 tahun yang lalu
-
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata7 tahun yang lalu
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni8 tahun yang lalu
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar8 tahun yang lalu
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan10 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MINDA DAN AGAMA
-
BERPINDAH SEKOLAH TEMPAT BERKHIDMAT19 jam yang lalu
-
Bahasa Arab Perlu Ditekankan Sejak Awal Persekolahan5 tahun yang lalu
-
Ayat Penawar Sakit5 tahun yang lalu
-
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT6 tahun yang lalu
-
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik?8 tahun yang lalu
-
Sajak "Keretapi Malam"10 tahun yang lalu
-
-
Kata Tun Mahadir Hudud Tidak Wujud Dalam al-Quran11 tahun yang lalu
-
UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH11 tahun yang lalu
-
-
-
-
DALIL TENTANG MAULID NABI MUHAMMAD SAW11 tahun yang lalu
-
-
Sebenar-benar sahabat13 tahun yang lalu
-
Jahil Masyuk!14 tahun yang lalu
-
MENGENAL DIRI YANG KE 7814 tahun yang lalu
posting terkini dari batuvskayu
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 tahun yang lalu
Sukan
-
-
Announcing Nas.io2 tahun yang lalu
-
The Return Of "MakHangpa"7 tahun yang lalu
-
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani (Nov. 2016)8 tahun yang lalu
-
Arsenal bakal sambar Reus9 tahun yang lalu
-
KITA MENANG LAPAN KALI!!!!!12 tahun yang lalu
-
-