KUALA LUMPUR, : Usaha menurunkan kadar defisit dilihat bukan keutamaan kerajaan Persekutuan dalam belanjawan 2011 selain tersasar daripada objektif mengurangkan belanja kasar ketika negara sedang melalui proses penstabilan dalam sektor ekonomi kata Ketua Pembangkan Datuk Seri Anwar di lobi parlimen tadi.
Kata bekas Menteri Kewangan itu lagi, pertambahan dana bagi membangunkan insfrastruktur mega menjadi subjek kerajaan Umno-Barisan Nasional yang secara tidak langsung mengagalkan usaha menjadikan negara rasuah sifar dengan pengumuman belanjawan berbilion ringgit yang dilihat mampu membuka ruang penyelewengan.
Beliau positif bentangan belanjawan kali ini tindakan terdesak kerajaan Persekutuan mendapatkan perhatian rakyat deagan menggambarkan negara berada dalam keadaan stabil nanum sebaliknya. Anwar tidak menolak kemungkinan populariti yang dikejar ada kaitan kesediaan Umno untuk bertanding di PRU13.
"Ada beberapa kemudahan tambahan kepada rakyat kerana nampaknya menjelang pilihan raya. tetapi isu terbesar penyebab pelaburan tidak meningkat di negara kita ialah masalah defisit yang tidak ditangani dalam belanjawan itu menunjukkan; selalunya belanjawan itu terpaksa berdepan dengan beberapa permasalahan ekonomi, menjana pertumbuhan dan menarik pelaburan," kata beliau.
Belanjawan 2011 yang diumum Perdana Menteri Najib Razak siang tadi menerima kritikan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang menganggap tumpuan meningkatkan kadar pendapatan rakyat tersasar daripada objektif.
Anwar berpandangan sinis cadangan projek Wawasan Merdeka, menara seratus tingkat yang dijangka menelan belanja RM5 bilion dibawah Program Trasformasi Ekonomi (ETP) hanya satu pembaziran. Turut diberi perhatian dana sebanyak RM12.5 bilion akan diperuntukkan bagi melaksanakan projek Perkongsian Awam Swasta (PPP) di mana dana fasiliti mencecah RM1 billion.
"Kelemahan besar kerana masalah rasuah, masalah peyelewengan dan pembaziran tidak disebut, yang disebut hanya projek-projek mega yang besar, puluh berbilion ringgit yang seperti biasa akan memberi manfaat lebih besar kepada keluarga, ratus ringgit kepada rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.