Wartawan Kita |
GUA MUSANG, 30 Okt: Bekas calon BN Pengkalan Chepa, Nor Idris memaki hamun Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menziarahi rumah bekas Adun Galas, Haji Omar Mohamad, petang ini.
Rombongan Menteri Besar yang turut disertai anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan pegawai-pegawai kanan Yayasan Islam Kelantan (Yik). Sebaik sahaja Tuan Guru Nik Abdul Aziz tiba, Haji Omar yang berada di dalam rumah keluar menyambut mesra kehadiran Menteri Besar dan rombongannya. Kemudian tuan rumah mempersilakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz masuk dan diikuti anggota rombongan. Bagaimanapun ketika tiba di ruang tamu Nor yang juga bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya enggan bersalam dengan Menteri Besar. Sebaliknya beliau terus menengking dengan mempersoalkan mengapa PAS berkawan dengan DAP. “Ana tidak mahu bersalam dengan anta selagi PAS berkawan dengan DAP,” kata Nor dengan suara nyaring. Dengan suara yang keras dengan dilaungkan sekuat hati beliau mengajak Mursyidul Am PAS berdebat. Ekoran itu Mohd Amar cuba menenangkan keadaan dan meminta Ustaz Nor bertenang, namun pada awalnya beliau enggan dan terus menegangkan urat lehernya.
“Sebagai tetamu kita hendaklah menghormat tuan rumah. Kita sama-sama tetamu. Saya datang bukan hendak berbahas dengan sesiapa cuma hendak menziarahi tuan rumah,” kata Menteri Besar. Ustaz Nor (kanan) terus menengking dengan mengatakan semuanya hendak berpolitik. Ketika tuan rumah mengangkat air, Menteri Besar meminta Ustaz Nor minum air dahulu bagi menyejukkan emosinya. Haji Omar hanya memerhati telatah Ustaz Nor yang dianggap boleh mencemarkan imejnya sebagai tuan rumah kerana menengking Menteri Besar yang datang ke rumahnya. Beliau merupakan bekas Adun Semangat 46 Dun Galas dua penggal pada 1990 dan 1995. Bagaimanapun kerusi itu dirampas semula BN pada pilihan raya 1999 dan 2004 melalui Mohd Saufi Deraman. Ustaz Nor pernah bertanding di kerusi parlimen Pengkalan Chepa menentang Mohd Amar. Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan ketika ditemui kemudian melahirkan rasa kesal di atas sikap pemimpin Umno terbabit yang langsung tidak menghormati tetamu yang berkunjung. “Beliau bukannya tuan rumah untuk menengking tetamu yang datang. Tuan rumah tidak ada masalah cuma Ustaz Nor yang tidak ada kaitan dengan tuan rumah tiba-tiba tidak dapat menahan emosi,” katanya. Seorang pegawai Yik menyifatkan orang yang waras tidak mungkin menengking orang lain tak tentu pasal. Insiden yang berlaku itu menambah lagi koleksi ketempangan kempen Umno. Ia secara langsung mencemarkan moral Umno yang masih terkial-kial mencari arah |
ARTIKEL SEBELUM
30/10/10
Bekas calon BN maki hamun Tok Guru
NEWS ONLINE
-
-
DAP aktifkan jentera pilihan raya serta merta2 tahun yang lalu
-
Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri5 tahun yang lalu
-
Jangkitan beguk, murid SK Bukit Sentosa stabil6 tahun yang lalu
-
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata7 tahun yang lalu
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni8 tahun yang lalu
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar8 tahun yang lalu
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan10 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MINDA DAN AGAMA
-
BERPINDAH SEKOLAH TEMPAT BERKHIDMATSebulan yang lalu
-
Bahasa Arab Perlu Ditekankan Sejak Awal Persekolahan5 tahun yang lalu
-
Ayat Penawar Sakit5 tahun yang lalu
-
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT6 tahun yang lalu
-
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik?8 tahun yang lalu
-
Sajak "Keretapi Malam"10 tahun yang lalu
-
-
Kata Tun Mahadir Hudud Tidak Wujud Dalam al-Quran11 tahun yang lalu
-
UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH11 tahun yang lalu
-
-
-
-
DALIL TENTANG MAULID NABI MUHAMMAD SAW12 tahun yang lalu
-
-
Sebenar-benar sahabat13 tahun yang lalu
-
Jahil Masyuk!14 tahun yang lalu
-
MENGENAL DIRI YANG KE 7815 tahun yang lalu
posting terkini dari batuvskayu
-
Perutusan Dari Tun Mahathir5 tahun yang lalu
Sukan
-
-
Announcing Nas.io2 tahun yang lalu
-
The Return Of "MakHangpa"8 tahun yang lalu
-
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani (Nov. 2016)8 tahun yang lalu
-
Arsenal bakal sambar Reus9 tahun yang lalu
-
KITA MENANG LAPAN KALI!!!!!13 tahun yang lalu
-
-