KUALA LUMPUR, t - Kerajaan Barisan Nasional akan membina lebih banyak kelab malam dan pusat hiburan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak bagi menjadikan Malaysia sebagai 'Hub hiburan malam' bertujuan untuk meningkatkan industri pelancongan negara.
Berdasarkan pelan ETP yang disiarkan oleh pentadbiran Perdana Menteri Najib Abdul Razak semalam, rancangan mewujudkan hub berkenaan adalah sebahagian daripada 12 projek pengggerak (EPP) untuk mengatasi masalah penjanaan pendapatan yang tidak menepati sasaran walaupun negara ini secara konsisten menyaksikan pertambahan dari segi kedatangan pelancung luar negara.
Antara 12 program EEP yang dikenal pasti termasuk pembinaan kelab-kelab malam yang besar, penganjuran konsert oleh bintang antarabangsa, melonggarkan peraturan dan garis panduan sedia ada yang dikenakan terhadap artis persembahan serta merubah semula pakej sesuatu acara seperti Formula 1 dan Moto GP.
Sudah pastinya, langkah berkenaan bakal menyaksikan bantahan politik dari pelbagai pihak lebih-lebih lagi UMNO sendiri baru-baru ini cuba menimbulkan isu kononnya wang sumbangan RM100 skim warga emas yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang sebagai 'haram' kerana mendakwa sumber kewangan tersebut diperolehi dari lesen judi.
Melalui rancangan EPP, RM467 juta akan dibelkanjakan kepada pelaburan tertentu untuk menarik minat acara-cara besar bertaraf antarabangsa dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan dengan Keluaran Negara Kasar (KNK) dianggarkan pada RM427 juta dan mewujudkan 8,000 peluang pekerjaan.
Rancangan EPP bagi menjadikan negara ini sebagai Hub hiburan juga akan menyaksikan kewujudan lima zon hiburan sekitar Lembah Kilang, Gentiung Highland, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bertujuan meningkatkan tiga kali ganda pendapatan yang diperolehi oleh industri hiburan malam kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.
Laporan itu menyebut langkah tersebut bakal menyaksikan enam kelab malam baru dibina dan akan bakal beroperasi menjelang 2012 yang berkemampuan untuk menampung sekurang-kurangnya 900 pengunjung pada hujung minggu dan dua lagi yang bakal dibina antara 2013 dan 2014.
"Menjelang 2014, takan wujud sekurang-kurangnya 10 kelab malam di zon hiburan baru. Anggara kesan kepada rancangan ini akan menghasilkan RM700 juta dalam KNK dan bakal mewujudkan peluang 5,614 peluang pekerjaan menjelang 2020," menurut laporan itu lagi.
Dalam pada itu, laporan itu juga menyebut ETP akan menggalakkan dan menetapkan peraturan industri Spa bagi menarik minat pelancong yang dijangka akan menyumbang RM830 juta menjelang 2020.
Rancangan berkenaan termasuk mewujudkan pusat latihan untuk menghasilkan pakar-pakar Spa tempatan dengan menyasarkan matlamat menghasilkan 1,500 tenaga kerja industri terbabit sekaligus mengurangkan kadar ahli Spa tempatan kepada luar negara kepada nisbah 70:30.
Tiga pusat berkenaan akan dibina di Lembah Kelang, Johor dan Sabah dengan peruntukan dana RM23 juta serta penubuhan Majlis Spa dan Penjagaan Badan Kebangsaan yang dianggotai oleh pegawai kerajaan dan peserta industri menjelang pertengahan 2011 untuk