"Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi."
Demikianlah jawapan Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mantan mufti Perlis dalam respons beliau terhadap isu kerajaan negeri Pulau Pinang yang memberikan wang saguhati kepada warga emas, yang 'khabarnya' bersumberkan judi lumba kuda.
Katanya, bahawa para penerima wang (orang-orang Islam berusia emas) itu tidak haram. Pihak yang memberinya itulah yang menanggung dosanya. Samalah, kata beliau, apabila kakitangan awam dibayar gaji yang mana kita semua maklum, wang gaji itu bersumber daripada perbendaharaan negara.
Dalam perbendaharaan negara, ia menerima apa-apa sahaja sumber kewangan termasuklah daripada sektor perjudian, minuman keras dan yang sewaktu dengannya. Ia diterima menerusi cukai perniagaan yang dikutip oleh pihak kerajaan.
Nah! Jika benar kita mahu memastikan wang gaji kita bersih dan suci 100 peratus barang kali kita tidak boleh menerima gaji daripada pihak kerajaan pusat. Melainkan, mereka mengasingkan dana halal dan haram dan hanya memperuntukkan halal untuk Islam dan haram untuk bukan Islam.- read more