GEORGETOWN - Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dakwaan melakukan seks luar tabii ke atas seorang remaja perempuan bawah umur.
Mohamad Akmal Hakim Ismail, 19, yang berasal dari Kampung Gajah, Perak, didakwa melakukan perbuatan itu dalam sebuah bilik di Hotel Rope Walk, Jalan Pintal Tali dengan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun kira-kira jam 11 hingga 12 tengah malam pada 12 September lalu.
Mohamad Akmal Hakim didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii iaitu dengan memasukkan zakarnya ke dalam mulut remaja perempuan itu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau sebatan jika sabit kesalahan.
Pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sariza Ismail di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdullah.
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 15 Oktober in