ARTIKEL SEBELUM

27/09/10

Polis temui dua 'kubur'

JENTOLAK dibawa ke lokasi pembunuhan  Sosilawati  dan tiga individu  lain di Ladang Gadong, semalam.
JENTOLAK dibawa ke lokasi pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain di Ladang Gadong, semalam.


Suspek maklum sendiri tanam dua mayat di kawasan ladang

BANTING: Kehilangan individu lain yang dikaitkan dengan suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya mendapat petunjuk baru selepas polis menemui dua lokasi di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, di sini semalam, dipercayai tempat dua mayat ditanam. Lokasi itu, satu di bahagian belakang ladang ternakan milik suspek dan satu lagi di kawasan penanaman sawit di luar ladang berkenaan, dipercayai dikenal pasti menerusi maklumat yang diperoleh dari suspek sendiri. Bagaimanapun, identiti mangsa belum dapat dipastikan. Sebuah jentolak dilihat masuk ladang terbabit kira-kira jam 4.30 petang, diiringi sebuah kenderaan polis dipercayai bagi melakukan kerja mengorek tanah untuk mencari bahan bukti. Bagaimanapun, sumber memaklumkan kerja itu akan dijalankan hari ini. Difahamkan, operasi semalam tiada kaitan dengan kes pembunuhan Sosilawati serta tiga rakannya.

Kira-kira jam 4 petang sebelum itu, 12 kenderaan polis dan pasukan forensik, termasuk sebuah van membawa empat suspek berpakaian lokap polis berwarna jingga memasuki ladang berkenaan.

Pada jam jam 6.15 petang, jentolak berkenaan dipandu keluar dari kawasan ladang, diikuti semua kenderaan polis dan forensik kira-kira setengah jam kemudian, manakala van membawa empat suspek keluar jam 7 malam.

Polis masih mengawal ketat laluan masuk ke ladang terbabit dan meletakkan garisan kuning serta memeriksa semua kenderaan awam yang keluar masuk termasuk ke ladang longan berdekatan. Orang awam, termasuk wakil media juga tidak dibenarkan memasuki kawasan ladang berkenaan.
Kelmarin, polis turut membawa beberapa suspek termasuk suspek utama kes pembunuhan Sosilawati dan tiga rakannya ke ladang ternakan dikelilingi tanaman kelapa sawit itu kira-kira 600 meter dari jalan utama bagi mencari bukti tambahan untuk melengkapkan siasatan.

Dua lagi individu iaitu Shafik Abdullah, 37, dan sahabat baiknya turut disahkan hilang selepas menemui suspek utama kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik berkenaan, April lalu. Kontraktor dari Sungai Petani, Kedah itu bersama rakannya dilaporkan hilang lima bulan lalu selepas dipercayai menemui peguam berkenaan.

Selain mereka, seorang ahli perniagaan dari Chennai, India, Allal Kanthan Muthuraja, 34, turut dilaporkan hilang lapan bulan lalu selepas tiba di negara ini dan dikatakan menemui suspek atas urusan perniagaan sebelum lelaki itu disahkan dibunuh.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud