SHAH ALAM 29 SEPT: Kesal dengan perilaku pilih kasih polis dalam mengendalikan demontrasi membantah pelancaran album penyanyi rap kontroversi - Namewee, pemimpin Pakatan Rakyat percaya perkauman tidak harus dilawan dengan perkauman.
"Saya hairan mengapa kalau Perkasa buat demontrasi, langsung tiada tindakan polis. Mereka bakar besar-besaran. Saya bakar lilin terus kena tangkap dan didakwa. Tapi bakar poster orang langsung tidak ada tindakan.
"Sesiapa sahaja boleh buat demontrasi asalkan tidak mengancam keselamatan, tetapi kenapa tindakan polis itu 'double standard', katanya ketika ditemui selepas memberi keterangan kepada polis di balai Shah Alam, hari ini.
Malam semalam, kira-kira 50 orang, sebahagiannya ahli Perkasa mengadakan demontrasi membantah pelancaran album Namewee berjudul ‘Nah’ di ibu negara dengan melontar perkataan kesat, lucah dan berbaur perkauman.
Sekumpulan polis yang mengawal keadaan tidak membuat sebarang tangkapan, sebaliknya memberi masa 40 minit untuk ahli Perkasa meluahkan kemarahan mereka dengan membakar poster Namewee.
Mengulas lanjut, Tony menganggap tindakan polis dalam mengendalikan demontrasi berkenaan memberi gambaran institusi polis yang diterajui Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Ismail Omar tunduk kepada telunjuk pemimpin Umno-Barisan Nasional.
Sementara itu, Ahli Dewan Undengan Negeri (Adun) Chempaka Iskandar Abd Samad menganggap Perkasa sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terpalit dengan imej Melayu, tidak layak menangani isu perkauman melibatkan bangsa lain.
"Kalau Perkasa menentang perkauman yang dicetuskan masyarakat Cina, dia juga kena menentang perkauman dari masyarakatnya sendiri. Kita kena konsisten. Kalau kita menentang perkauman, kita kena menentang perkauman terhadap semua.
“Tidak kira perkauman itu didalangi kaum Melayu, Cina mahupun India,” katanya.- tvs