
Bekas Ketua AMK Cabang Parit Faizal Effendi yang di pecat oleh Parti baru-baru ini ,mengisytiharkan diri keluar PKR bersama Rosli ( AMK Kampar), Adam ( AMK Kuala Kangar ) serta Shahrol ( AMK Pdg Rengas) pada tengahari tadi di Hotel Sri Malaysia Ipoh. Turut sama dalam majlis itu Fauzi Muda serta isteri beliau.
IPOH 17 Sept. – Seramai 72 anggota Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Ipoh Barat hari ini mengumumkan keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan parti tersebut.
Wakil kumpulan itu, Siti Aminah Mansor berkata, cabang berkenaan kini menjadi parti perkauman kerana hanya mempunyai anggota daripada satu kaum sahaja.
"Anggota itu juga yang mengisi semua jawatan dalam cabang tersebut dan pemilihan bagi jawatan di peringkat cabang tidak diketahui semua anggota kerana tiada sebarang notis diberikan kepada kami,” katanya pada persidangan akhbar di sini.
Beliau mendakwa ada di kalangan anggota yang sanggup menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu dan fitnah terhadap anggota daripada kaum lain bagi membolehkan orang tertentu menguasai cabang berkenaan. – Bernama
