ARTIKEL SEBELUM

2/09/10

Laporan polis dakwa PM hina mahkamah


Seorang pemimpin PAS Negeri Sembilan membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung ucapannya yang didakwa mengandungi unsur menghina Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan kes saman peneroka Felda kemahang 3 di Kelantan.

Turut dinamakan dalam laporan polis itu ialah Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda, Tan Sri Yusoff Nor.


Laporan tersebut dibuat oleh yang dipertua PAS Jempol, Abd Rahman Ramli di balai polis Dang Wangi di ibunegara pada kira-kira jam 10.45 pagi.

Beliau diringi oleh naib presiden PAS, Salahuddin Ayub dan pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Maslan Aliman serta pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Mohd Omar dan empat peneroka Felda jempol
.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud