Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini dipanggil ke balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk diambil kenyataannya berhubung laporan polis yang dibuat oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).
Polis mengambil masa satu jam setengah untuk menyoalnya berhubung dakwaan PERKASA bahawa Chua mempersoalkan hak keistimewaan Melayu semasa ucapannya di Kongres Ekonomi Cina bulan lalu.
Bercakap kepada media selepas keterangannya itu dirakamkan, Chua berkata sesalinan ucapannya juga telah diberikan kepada pihak polis.
Bercakap kepada media selepas keterangannya itu dirakamkan, Chua berkata sesalinan ucapannya juga telah diberikan kepada pihak polis.
Beliau mempertahankan ucapannya yang didakwanya tidak bermotifkan perkauman dan hanya tertumpu kepada usaha liberalisasi ekonomi negara.
"Apa yang saya katakan adalah yang baik untuk negara, khususnya ekonomi Malaysia...tiada motif yang tersembunyi,” katanya.
"Apa yang saya katakan adalah yang baik untuk negara, khususnya ekonomi Malaysia...tiada motif yang tersembunyi,” katanya.