ARTIKEL SEBELUM

2/09/10

Fitnah Zam Maidin: Pemuda PAS Lapor Polis




KUALA LUMPUR, 2 Sept - Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan fitnah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin terhadap parti itu.

Ianya ekoran kenyataan Zainuddin sebelum ini yang mendakwa PAS meminta Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ‘merampas’ harta-harta orang Cina semasa Tragedi 13 Mei 1969, manakala ketika Konfrantasi Malaysia-Indonesia, PAS menyebelahi Indonesia supaya ‘mengambil’ Malaysia.

Beliau membuat kenyataan tersebut dalam temuramah bertajuk "Zam Dedah Hasutan Jahat Pas" bersama umno-online dan kemudiannya disiar akhbar Utusan Malaysia pada 30 Ogos lalu dengan tajuk 'PAS parti ekstrem'.

Laporan polis hari ini diketuai Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dan dibuat di Balai Polis Chow Kit, Lorong Haji Taib di sini jam 2 petang tadi.

PAS sebelum ini memberi tempoh tiga hari bermula 30 Ogos lalu kepada Zainuddin agar beliau memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut.

Ekoran gagal berbuat demikian, PAS sedang menimbang akan mengambil tindakan undang-undang.-HARAKAH DAILY

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud