ARTIKEL SEBELUM

6/08/10

Zaid Ibrahim terima keputusan





SHAH ALAM - Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim akur dengan keputusan mahkamah semalam yang membenarkan permohonan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan membatalkan petisyen yang difailkannya.

Mahkamah turut mengisytiharkan Kamalanathan sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor yang sah.

Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, tidak ada keperluan untuk beliau memfailkan permohonan semula kepada mahkamah memandangkan keputusan sudah dikeluarkan.

“Oleh kerana mahkamah sudah tolak petisyen itu, saya rasa tidak perlu membuat rayuan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Zaid memfailkan petisyen agar keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang diadakan pada 25 April lalu diisytihar tidak sah dan dibatalkan kerana dicemari rasuah.

Petisyen itu difailkan mengikut Seksyen 10(a), 10(c) dan 10(e) Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya 1958 dengan menamakan Kamalanathan serta pegawai pengurus pilihan raya berkenaan, Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai responden.

Menurutnya, rasuah itu diberikan dalam bentuk sogokan dan janji kepada pengundi oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada pengundi sekiranya mereka menyokong Kamalanathan.

Bagaimanapun, Kamalanathan, yang juga ketua penerangan MIC, memfailkan permohonan membatalkan petisyen Zaid dengan alasan Zaid gagal mendedahkan klausa tindakan yang munasabah.

Menurutnya, Zaid juga gagal mengenal pasti orang yang didakwanya ditawarkan sogokan.

Zaid berkata, pihaknya mempunyai senarai mereka menerima rasuah tetapi enggan mendedahkannya bagi mengelakkan sebarang masalah kepada mereka

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud