ARTIKEL SEBELUM

12/08/10

Seorang lagi bekas pemimpin bakal didakwa?

Seorang lagi bekas pemimpin diuar-uarkan akan didakwa hari ini.

Khabar angin itu menyaksikan wartawan dan jurugambar bekejar ke bangunan Mahkamah Sesyen Putrajaya sejak jam 9 pagi lagi.

Ketika ini, tidak kurang 15 petugas media berkumpul untuk mendapatkan kepastian khabar angin berkenaan.

Usaha untuk mendapatkan maklumat lanjut tidak berjaya. Tiada juga kakitangan daripada Pejabat Peguam Negara atau bekas pemimpin itu kelihatan berada di situ.

Pejabat Peguam Negara yang dihubungi enggan mengesahkan perkara itu tetapi tidak juga menafikannya. Mereka yang dihubungi enggan mengulas dan menyatakan “mereka pun tidak tahu apa ceritanya.”
Adalah dipercayai pendakwaan hari ini mungkin juga berhubung skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).




Pada 29 julai lalu, bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik didakwa di mahkamah sesyen yang sama atas tuduhan memperdayakan kerajaan bagi memberi persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah, Pelabuhan Klang bagi pembinaan projek 'Mega Distribution Hub' yang kini dikenali PKFZ, pada 2002.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 25 September 2002 dan 6 November 2002 di tingkat empat, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya.
Ling yang memegang jawatan Menteri Pengangkutan selama 14 tahun dari Januari 1986 hingga Mei 2000, didakwa atas satu pertuduhan utama mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan dan satu pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 417 kanun yang sama.
Beliua mengaku tidak bersalah dan sekarang ini dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta sementara menunggu perbicaraan.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud