SALAH sebuah pintu gerbang Kebun Bunga dirobohkan pada 9 malam Isnin. Pintu gerbang yang bernilai RM150,000 dirobohkan di atas permintaan orang ramai dan bantahan NGO yang mendakwa gerbang berkenaan tidak mesra alam.
Kementerian Pelancongan membiayai kos meroboh kira-kira RM70,000 sebelum membuat tuntutan kepada pihak kontraktor yang membina gerbang tersebut. Pintu gerbang berkenaan merupakan sebahagian daripada projek bernilai RM7 juta untuk mencantikkan kebun bunga itu. - Foto BERNAMA.