Abdul Aziz Mustafa |
KUALA LUMPUR, 14 Ogos: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, sepatutnya para pemimpin Umno menanggung beban kesalahan dan dihukum akibat perbuatan membakar gereja Metro Tabernacle pada Januari lalu. Mengulas keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas dua beradik yang didapati bersalah membakar gereja itu, Mahfuz menyifatkan mereka adalah mangsa penganiayaan politik perkauman sempit Umno. "Hampir semua pihak sependapat bahawa kedua-duanya adalah mangsa hasutan Umno yang membakar api perkauman sempit dengan pelbagai provokasi ketika isu kalimah Allah dahulu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Menurut beliau, propaganda perkauman sempit Umno yang bertujuan hendak memperbodoh-bodohkan orang-orang Melayu supaya menyokongnya menyebabkan munculnya pelbagai pihak yang kononnya hendak menjadi jaguh membela kesucian Islam. Akibatnya, kata Mahfuz, ada yang bertindak berdasarkan emosi yang dibakar api perkauman Umno sehingga melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang. "Akibat hasutan Umno itu, mungkin kedua-dua beradik yang menjadi mangsa hasutan Umno itu berpendapat bahawa Islam boleh dipertahankan dengan membakar gereja. "Sedangkan sejarah membuktikan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat tidak pernah merobohkan, apa lagi membakar gereja," katanya. Mahfuz juga menyalahkan media-media arus perdana pro-Umno yang menghasut api perkauman sempit secara terang-terangan terutama dalam isu kalimah Allah. "Lebih dari semuanya, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) adalah individu yang paling bersalah kerana dilihat memberi dorongan kepada mereka yang hendak melakukan provokasi berikutan isu kalimah Allah apabila beliau berkata kerajaan tidak akan menghalang para penunjuk perasaan jika mereka mahu berhimpun di sekitar kawasan masjid selagi ia di dalam lingkungan batas kawasan itu. "Malah, kenyataan Najib yang memaksa rakyat berhenti menuding jari dan menuduh kononnya Umno terbabit dalam insiden membakar gereja juga menguatkan lagi keyakinan umum bahawa provokasi Umnolah yang menyebabkan perkara itu berlaku," katanya. Mahfuz juga yakin insiden pembakaran gereka dan pelbagai tindakan provokatif yang lain ketika itu boleh dihalang jika polis bertindak pantas ke atas para pemimpin dan media Umno yang melakukan pelbagai provokasi perkauman sempit itu. "Amat malang, Umno terlepas ketika mangsa hasutan perkauman Umno dijatuhkan hukuman penjara," katanya. Bekas Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan kontroversi mengenai penggunaan kalimah Allah oleh majalah Herald The Catholic Weekly kelihatan "lebih kepada sentimen perkauman berbanding agama". Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Raja Mohamad Faizal Raja Ibrahim, 24, dan adiknya Raja Mohamad Izham, 22 setelah didapati bersalah membakar gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati. |
ARTIKEL SEBELUM
14/08/10
Pesalah bakar gereja mangsa politik sempit Umno
NEWS ONLINE
-
Projek Aerotrain baharu di KLIA dijangka siap lebih awal7 bulan yang lalu
-
DAP aktifkan jentera pilihan raya serta merta2 tahun yang lalu
-
Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri5 tahun yang lalu
-
Jangkitan beguk, murid SK Bukit Sentosa stabil6 tahun yang lalu
-
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata7 tahun yang lalu
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni8 tahun yang lalu
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar8 tahun yang lalu
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan10 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MINDA DAN AGAMA
-
BERPINDAH SEKOLAH TEMPAT BERKHIDMAT2 hari yang lalu
-
Bahasa Arab Perlu Ditekankan Sejak Awal Persekolahan5 tahun yang lalu
-
Ayat Penawar Sakit5 tahun yang lalu
-
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT6 tahun yang lalu
-
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik?8 tahun yang lalu
-
Sajak "Keretapi Malam"10 tahun yang lalu
-
-
Kata Tun Mahadir Hudud Tidak Wujud Dalam al-Quran11 tahun yang lalu
-
UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH11 tahun yang lalu
-
-
-
-
DALIL TENTANG MAULID NABI MUHAMMAD SAW11 tahun yang lalu
-
-
Sebenar-benar sahabat13 tahun yang lalu
-
Jahil Masyuk!14 tahun yang lalu
-
MENGENAL DIRI YANG KE 7814 tahun yang lalu
posting terkini dari batuvskayu
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 tahun yang lalu
Sukan
-
-
Announcing Nas.io2 tahun yang lalu
-
The Return Of "MakHangpa"7 tahun yang lalu
-
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani (Nov. 2016)8 tahun yang lalu
-
Arsenal bakal sambar Reus9 tahun yang lalu
-
KITA MENANG LAPAN KALI!!!!!12 tahun yang lalu
-
-