Oleh Sidiqin Omar
PETALING JAYA 15 Ogos - Naib Presiden KEADILAN, Sivarasa Rasiah berkata tindakan menyaman Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) oleh peneroka adalah akibat rasa tidak puas hati dan tertipu dengan Kadar Perahan Gred (KPG) yang dilakukan oleh kilang milik agensi itu dan bukannya disebabkan hasutan pihak tertentu seperti didakwa Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.
Isnin lalu 766 peneroka Rancangan Felda Serting Hilir dan Gugusan Raja Alias di Negeri Sembilan mengemukakan saman berjumlah RM200 terhadap agensi itu.
"Dia (Yusof) turut menyatakan, setiap peneroka terpaksa membayar RM500 untuk perkhidmatan saman tersebut. Ini tidak benar dan kenyataan palsu, kerana peneroka hanya diminta untuk membayar sumbangan perbelanjaan kes sebanyak RM50 sahaja. Saya rasa itu adalah nilai yang munasabah.
"Jadi, saya minta Tan Sri Yusof Noor menjawab isu pokok dan persoalan utama, iaitu peneroka di Serting telah ditipu oleh pihak Felda. Jangan kita harapkan pagar, pagar makan padi," kata Sivarasa pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana semalam.
Peneroka yang menyaman Felda mendakwa selama 15 tahun ditekan serta ditipu berhubung isu KPG yang mana terdapat perbezaan sebanyak 6% bagi setiap tan.
Sebelum ini Felda hanya membuat kiraan antara 16% sehingga 19% bagi setiap perahan.
Manakala ujian yang dilakukan oleh peneroka di Makmal Sime Darby Research Sdn Bhd dan juga Felda Analytical Laboratory menunjukkan KPG boleh mencapai 25.54%.