Penduduk Tasek Gelugor Pulau Pinang tidak pasti dengan dakwaan ada masjid di kawasan parlimen itu yang mendoakan Ketua Menteri Lim Guan Eng menggantikan. Yang di-Pertuan Agong, Sultanm Mizan Zainal Abidin.
Seorang penduduk Lahat Tembun Abu Bakar Mansor berkata, kalau benar laporan tersebut, ia berlaku di kawasan yang fanatik dengan pemimpin DAP itu.
“Kalau di sini (Tasek Gelugor) ada dua tiga masjid yang mempunyai ramai penyokong fanatik pemimpin tersebut.
“Saya mendengar orang (penyokong) mereka bercakap bahawa mereka mendoakan ketua menteri masuk Islam.
“Tetapi dalam program agama seperti kuliah agama dan kelas-kelas agama.
“Mengenai nama Lim disebut dalam doa khutbah Jumaat bagi menggantikan nama Agong, saya tidak pasti,” katanya.
Kelmarin Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa ada masjid di Permatang Pauh, Jelutong dan Tasek Gelugor menggunakan nama nama Lim dalam doa khutbah Jumaat menggantikan nama Sultan Mizan.
Bagaimanapun dalam satu majlis berbuka puasa di sini, ketua menteri Pulau Pinang itu mendakwa siasatan awal mendapati laporan tersebut tidak benar.
Lim (Gambar Fail) juga mengarahkan satu siasatan lanjut diadakan.
Exco agama Abdul Malik Kassim turut menafikan laporan tersebut.
Seorang lagi penduduk, Ishak Awang pula berkata, beliau belum lagi mendengar khutbah Jumaat yang mendoakan Lim menggantikan nama Agong.
Khutbah di tempat saya, katanya mengikut teks yang disediakan oleh majlis agama Islam Pulau Pinang. -MudaMNoor/FMT