ARTIKEL SEBELUM

15/08/10

Patah Tangan Di Pukul Polis Malaysia

ALOR SETAR 15 Ogos - Seorang remaja lelaki mendakwa patah pergelangan tangan kanan dan jari kelingking selepas dipukul empat anggota polis, sebelum disaman atas kesalahan lalu lintas, di sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Kedah dekat sini, lewat malam Rabu lepas.

Mohd. Asri Ismail, 18, mendakwa, dalam kejadian yang berlaku kira-kira 12.30 malam itu, dia sedang mengisi minyak sebelum dihampiri empat lelaki berkenaan yang tiba-tiba bertindak memukul kepalanya.

"Saya tidak sempat bertanya kesalahan yang saya lakukan kerana mereka terus memukul saya di kepala menggunakan topi keledar. Saya cuba mengelak dengan menahan tangan kanan di kepala supaya kepala tidak cedera.

"Saya langsung tidak menyedari dari mana mereka mengekori saya,” dakwanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Beliau mendakwa, selepas dipukul barulah tiga saman dikeluarkan kepadanya kerana melanggar lampu merah, tiada lesen memandu dan peralatan motosikal yang ditunggangnya tidak lengkap. - Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud