ARTIKEL SEBELUM

17/08/10

PAS dakwa kenalpasti 22 penyelewengan Felcra

Kerajaan didesak menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat pelbagai dakwaan kepincangan, pecah amanah dan salah guna kuasa dalam Felcra.

"(Ini kerana) Kedudukan Felcra sangat serius dan kritikal," kata pengerusi biro pembangunan tanah dan wilayah PAS Mazlan Aliman.

NONEBeliau yang juga pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan petugas khas bagi menyemak kembali aduan-aduan yang dibuat oleh peserta Felcra.

Katanya, setakat ini, pihaknya mendakwa mengenalpasti 22 penyelewangan berlaku di agensi kerajaan itu, termasuk mempunyai dokumen bagi membuktikannya.
Antara dakwaan salah laku itu termasuk pembelian 20,000 ekar estet di Sabah dan pelaburan RM 17 juta bagi membeli bon tanpa mendapat kelulusan.

Dakwaan itu, antaranya melibatkan pembelian 20,000 ekar estet di Sabah, pelaburan RM17 juta dalam pembelian bon yang didakwa tidak diluluskan serta salah urus tadbir dalam unit perniagaan khas Felcra Berhad dan koperasi pesertanya.

Sebahagian daripada dakwaan telah diadukan kepada SPRM pada 31 Julai tahun lalu, tambah Mazlan.

Mazlan berkata, sebahagian lagi akan diserahkan kepada suruhanjaya itu pada bulan depan, selepas sambutan hari raya Aidilfitri.

"Oleh kerana polisi SPRM tidak boleh mendedahkan siasatan, pengadu tak tahu pekembangan siasatan (kes itu)," katanya.- malaysiakini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud