Selepas dua orang pengganti dan berlalunya tujuh tahun, tiada tanda-tanda mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed mahu mengundurkan dirinya dari kancah politik.
Jika sebelum ini, beliau mengkritik pengganti yang dipilihnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi secara terbuka - perkembangan terbaru tanahair memperlihatkan Mahathir juga kini kurang senang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Petanda paling jelas adalah apabila pada dua hari lalu beliau membidas Najib yang sebelum ini diperakuinya kerana gagal menjelaskan konsep 1Malaysia yang diterajuinya itu.
"Saya bercakap dengan orang Cina, orang Melayu, masing-masing ada pendapat berbeza dan tidak boleh disatukan, saya berpendapat satu penjelasan perlu dibuat," kata Mahathir kepada pemberita di Georgetown.
1Malaysia bukan sahaja dasar yang kurang disenangi oleh mantan perdana menteri itu.
Hanya sebulan selepas mengambil-alih tampuk pemerintahan negara, Najib membubarkan polisi mengajar Sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris yang diperkenalkan oleh Mahathir.
Melalui blognya yang menarik minat jutaan pembaca, Mahathir membidas Najib yang tidak tegas dan kerap kali mengubah sesuatu keputusan.
Bagaimanapun, Mahathir tidak mempunyai masalah dengan keputusan Najib untuk mengubah pendirian asalnya berhubung dasar afirmatif bumiputera akibat tekanan daripada masyarakat Melayu.
Beliau juga tidak bersetuju dengan Model Baru Ekonomi Najib yang mencadangkan pembubaran kuota berdasarkan keturunan.

Mahathir juga menjadi penaung kumpulan hak orang Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang bersama Majlis Perunding Melayu mengenakan tekanan ke atas Najib yang akhirnya berkata dasar berkenaan belum dimuktamadkan.
Bagi penganalisis politik, Shamsul Adabi Mamat, episod PERKASA menandakan perubhaan hubungan antara Najib-Mahathir yang dilihat ada 'naik-turun'.
“Apabila Najib menjadi PM, ada tanda-tanda hubungan mereka renggang tetapi ia berjaya dikukuhkan sehingga timbul isu PERKASA yang menyebabkan tanggapan bahawa ada yang tidak kena,” kata pensyarah Universiti Keabangsaan Malaysia itu.
Namun, katanya pengiktirafan ke atas PERKASA adalah serangan ke atas Umno dan bukannya ke atas prestasi Najib sebagai perdana menteri.

Dakwaan memperdayakan jemaah menteri yang dikenakan ke atas bekas menteri pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik, yang berkhidmat di bawah kabinet Mahathir pula dilihat tidak akan merenggangkan hubungan berkenaan tetapi memberi gambaran yang buruk ke atas bekas perdana menteri itu.
Semalam Mahathir berkata beliau sanggup memberi keterangan pada perbicaraan Ling jika dipanggil berbuat demikian.
“Orang ramai melihat perkembangan itu mungkin merosakkan hubungan kedua-dua mereka tetapi kenyataan itu sebenarnya memperlihatkan Mahathir sanggup membantu kerajaan menyelesaikan kes berkenaan,” kata Shamsul.
“Kita masih di pentas yang mana dia (Mahathir) memberi cadangan yang dia berharap PM akan mempertimbangkannya.”

Cadangan berkenaan, menurut Shamsul tidak akan menyebabkan hubungan Mahathir dengan Najib menjadi keruh setakat ini kerana Perdana Menteri bertindak dengan berhati-hati.
“(Najib) tahu bahawa Mahathir boleh mempengaruhi pendapat umum dan tidak mampu menghadapi kesannya jika hubungan mereka menjadi tegang (kemudiannya)," katanya.
Penganalisa sains politik, Universiti Malaya Noor Sulastry Yurni Ahmad juga sependapat dan berkata kenyataan media yang dibuat oleh Mahathir adalah petunjuk kepada Najib.

“Nampaknya bagi Mahathir, tempoh pentadbiran setahun Najib tidak membuahkan hasil yang sewajarnya. Beliau menggunakan pendekatan psikologi dengan mendedahkan perkara seumpama itu secara umum agar Najib akan mengambil perhatian,” katanya.
Selain itu, hubungan 'mentor-mentee' Mahathir dengan timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga memberi penekanan ke atas Najib.
“Muhyiddin ibarat bayang-bayang Mahathir. Beliau tahu apa yang betul dan apa yang tidak (oleh Mahathir) dan beliau cuba menujukkan itu kepada Najib,” kata Noor Sulastry
Menurutnya, Najib akan mentadbir dengan baik jika beliau menjauhkan dirinya daripada “penasihat tidak rasmi kerajaan” khususnya berhubung ekonomi negara.
Ini, katanya adalah antara sebab utama yang meretakkan perhubungan antara Abdullah dengan Mahathir.