ARTIKEL SEBELUM

7/08/10

Mati dalam mahkamah


JENAZAH Wan Khairul diusung keluar dari Mahkamah Majistret Kuantan semalam.


KUANTAN - Mahkamah Majistret di sini semalam gempar apabila seorang lelaki yang dalam proses pertuduhan kes dadah meninggal dunia sebelum sempat menghadiri prosiding semalam.

Wan Khairul Azizi Wan Ali, 34, disahkan meninggal dunia selepas beberapa minit dibawa masuk ke mahkamah sementara menunggu ketibaan Majistret Nordiana Abdul Aziz pada pukul 8.15 pagi.

Dia meninggal dunia dalam ribaan abangnya, Wan Hairul, 35.

Menurut Wan Hairul, sebelum kejadian, adiknya kelihatan tenat semasa dibawa ke mahkamah dengan tangan digari bersama tiga tertuduh lain.

"Ketika itu dia kelihatan tidak bermaya. Saya kemudian membaringkan dia atas riba sebaik melihat dia mengalami sesak nafas.

"Saya kemudian meminta pertolongan beberapa pegawai supaya memanggil ambulans tetapi tidak dipedulikan.

"Kira-kira 30 minit dia kemudian berhenti bernafas dan terkulai," ceritanya semasa ditemui di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Tambahnya, 10 minit kemudian, barulah ambulans tiba dan membawa jenazah adiknya ke HTAA untuk dibedah siasat.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan pihak Penjara Penor yang tidak memantau keadaan kesihatan adiknya sebelum dibawa ke mahkamah.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud