ARTIKEL SEBELUM

21/08/10

Lagi kes buang bayi !!

REMBAU: Mayat seorang bayi lelaki dengan kesan lebam di bahagian kepala, mata, pipi kiri dan kanan serta di bahagian belakang badannya ditemui ditinggalkan di atas tempat duduk di sebuah perhentian bas di Batu 8, Jalan Pedas-Linggi dekat sini, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Rembau, Depyti Superintendan Mizan Md Dom berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai penemuan bayi itu daripada orang ramai kira-kira jam 6.05 pagi.

"Polis yang tiba di tempat kejadian menemui mayat bayi lelaki itu yang
dianggarkan berumur 10 hingga 12 bulan dan diletakkan di atas tempat duduk
pondok menunggu bas. Bayi itu mempunyai ketinggian 0.76 meter dan lengkap
berpakaian serta dibaluti kain batik dan tuala mandi," katanya ketika dihubungi.

Katanya, siasatan awal mendapati terdapat kesan lebam di bahagian kepala,
mata, pipi kiri dan kanan serta di bahagian belakang.Katanya, bayi yang dijumpai ini dipercayai berbangsa Melayu kerana terdapat
kesan cacar di lengan kirinya.

"Polis sedang menyemak dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menyiasat berhubung kelahiran bayi itu. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Serembanuntuk bedah siasat," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai
kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau melalui talian
06-6852222 atau 06-6851999 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

"Saya juga merayu kepada klinik swasta terdekat agar segera menghubungi
pihak polis jika ada memberi rawatan kepada bayi dalam lingkungan 10-12 bulan
seperti demam atau pun terjatuh dalam tempoh terdekat," katanya. -Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud