ARTIKEL SEBELUM

21/08/10

Ini cerita kisah Umno salah guna Masjid

Oleh Fazli Othman

SHAH ALAM 21 Ogos - Umno Selangor ternyata tidak mengendahkan larangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor dan titah Sultan Selangor agar tidak berpolitik di masjid atau surau di negeri itu.

Timbalan Pengarah Skuad Komunikasi Selangor (SKS), Fariz Musa berkata SKS akan memantau situasi kerana terdapat bukti Umno kini terdesak sehingga terpaksa menggunakan institusi pendidikan dan keagamaan untuk menyebarkan dakyah politik sempit mereka.

"Kita akan melihat dan memantau keadaan semasa di mana Umno pada bulan Ramadhan mula pergi ke masjid dan surau untuk melemparkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat.

"Umno nampaknya cuba mengadakan program di masjid dan surau sekitar Petaling Jaya dan tempat-tempat lain sekitar Selangor.

"Kita sudah meminta Ketua Cabang KEADILAN untuk melaporkan sebarang salahlaku Umno dalam isu ini kerana ia jelas melanggar larangan yang telah dikeluarkan oleh Jais serta titah Sultan," ujar beliau.

Menurut Fariz yang juga Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, selepas Umno menyalahguna sekolah dan pusat pengajian tinggi untuk tujuan politik, sekarang parti itu cuba mengeksploitasi masjid dan surau untuk menghamburkan fitnah terhadap pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor.

"Ini membuktikan apa yang difitnah Umno terhadap Pakatan Rakyat adalah penipuan semata-mata kerana merekalah sebenarnya yang menyalahguna institusi agama untuk menyebarkan propaganda parti," tambah Fariz.

Sebelum itu, Umno Bahagian Kota Raja menganjurkan program Penghayatan Ramadhan yang bersifat politik pada Ahad lalu di Surau Islamiah, Taman Bukit Jati, Klang.








https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi8Q2LA6BFwkUsR9aMzw5eXNbXR2wrgoXCFk1IYsdAmVrIWhQ4mW0msQ6Sk-BLg1_1sD0TxGVVVc_0m6OBTnoof7vBrMC2QYSr_S8fsD9qbNYGUmyst4O8ppdlKZdaLs3V8aS7r75Vc4Eo/s1600/umno_letter.jpg





https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi_S6Xh6weA4dJfHSHbdKFGn2WGgZC9iqBwW4VMB0uzodkW3JP-6j12rh8yi3KzTgkQc3JOyhZYXCPgAowuymgTUqkxmIKN_C_aIFqi0HHMmrNB62pkGPiHVU2meI6mDAOGPi2X_ccIfwE/s1600/umno_letter2.jpg

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud