ARTIKEL SEBELUM

21/08/10

Anwar belum sedia tanding Presiden PKR

DAMANSARA – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim belum memutuskan untuk bertanding walaupun dicalonkan dalam sesi pencalonan untuk pemilihan parti Oktober ini.:

Beliau berasa tidak perlu bertanding kerana Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah telah berjaya melaksanakan tugas dengan baik.

“Lagi pun tiada orang nak calonkan saya, kalau ada pun, pencalonan untuk Wan Azizah lagi banyak.

“Setakat ini, saya tidak fikir lagi dan rakan dalam PKR tiada yang menyuruh bertanding secara serius,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat semalam.

Beliau yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata, mesyuarat berkenaan pencalonan bakal berlangsung pertengahan bulan September ini.

“Ini adalah proses demokrasi di mana kita kena tunggu dulu pencalonan tersebut bermula.

Terdahulu, Wan Azizah telah menjadi Presiden PKR sejak 2008 setelah memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh dalam Piihan Raya 2008.

Beliau kemudiannya mengundurkan diri sebagai ahli parlimen bagi memberi laluan kepada suaminya, untuk bertanding di kerusi tersebut.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud