Pejabat Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 25 Ogos 2010 telah menerima hasil siasatan Jawatankuasa Disiplin terhadap aduan penubuhan Parti Cinta Sabah
Laporan siasatan tersebut mengesahkan 12 individiu yang didapati melanggar disiplin parti mengikut Fasal 27.7 iaitu patuh kepada perlembagaan parti, menjalankan dasar-dasar parti dan memelihara nama baik parti.
Jawatankuasa Disiplin juga telah mencadangkan hukuman penggantungan satu tahun dikenakan ke atas mereka, yang akan hanya berkuatkuasa apakala diperakukan oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat pada 29 Ogos 2010 yang akan datang.
Menurut Setiausaha Agung Saifuddin Nasution, dua belas individu tersebut mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan dalam tempoh empat belas hari bermula dari 29 Ogos 2010 nanti.