Nasional (BN) memerlukan sekurang-kurangnya 20,000 pengundi baru untuk merampas kerusi Lembah Pantai daripada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13, kata Ketua Umno bahagian itu Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin hari ini.
Bagaimanapun menurut Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ini, Umno hanya mempunyai 8,000 ahli yang berdaftar di Lembah Pantai.
“Saya hanya mempunyai 8,000 orang askar. Berapa banyak (askar yang) MIC dan MCA boleh berikan kepada saya? Ini adalah situasi semasa, kami tiada bilangan askar yang secukupnya, jika kapten pergi seorang maka semua orang akan mati.
“Jika kita tiada kuasa maka pingat apa yang saya boleh berikan? Meskipun kita bersedia, banyak perkara yang masih perlu dilakukan.
“Kita perlu mendaftar lebih banyak pengundi dan melipatgandakan usaha kita sehingga kita memperoleh lebih 17,000 ahli,” katanya.
Raja Nong Chik (gambar) berkata, jika setiap komponen BN dapat mengumpulkan 8,000 ahli maka beliau yakin akan menang di Lembah Pantai.
Nurul Izzah Anwar dari PKR menewaskan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, wakil Umno-BN dengan majoriti 2,895 undi pada 8 Mac 2008.
Raja Nong Chik menambah, adakah sukar untuk BN menawan balik kerusi yang tercicir pada pilihan raya umum lalu.
“Ia tugas yang sangat berat mengambil kira senario semasa. Umno mesti sedar bahawa senario politik semasa jauh berbeza berbanding dulu.
“Kita mesti bekerja kuat untuk mendapatkan semula kepercayaan pengundi,” kata beliau pada persidangan perwakilan Umno Lembah Pantai hari ini.
Beliau juga menekankan bahawa Umno mesti mempelajari pengalaman daripada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor dan diguna pakai di Lembah Pantai.
“Pecahan pengundi ikut kaum tidak jauh berbeza daripada kawasan Lembah Pantai. Ia hampir sama,” katanya.
“Adakah kita boleh menang kerusi-kerusi di Wilayah Persekutuan? Gambarannya keadaan tidak selesa kepada kita tetapi itu adalah realiti yang kita mesti terima.
“Umno Lembah Pantai sudah bersedia tetapi ia akan menjadi pertarungan sengit, sangat ketat,” katanya.
BN hanya menang satu kerusi di Wilayah Persekutuan dua tahun lalu.