ARTIKEL SEBELUM

10/07/10

perbezaan pendapat saje - Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pertelingkahan antara pimpinan tertinggi PAS dan DAP tidak akan menjejaskan keharmonian pakatan pembangkang.

Menurut beliau, PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mencapai persefahaman tentang perkara-perkara dasar antaranya melibatkan pentadbiran, agama Islam sebagai agama persekutuan dan kedudukan mahkamah Syariah.

"Ia hanya melibatkan perbezaan pendapat dan boleh diselesaikan dengan perbincangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Harapan Baru Untuk Malaysia (SEHARUM) 2010 untuk pimpinan PKR negeri di sini, Jumaat.

Beliau mendakwa isu perbalahan antara Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP Karpal Singh berhubung pembentukan negara Islam sengaja ditimbulkan oleh parti lawan untuk lagakan parti-parti pembangkang.

Anwar berkata mesyuarat membabitkan pimpinan tiga parti itu diadakan setiap minggu.

Anggota Parlimen Permatang Pauh itu juga berkata PKR sedang menggerakkan anggotanya di peringkat negeri sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud