ARTIKEL SEBELUM

29/07/10

nafi salah guna kuasa


TEE BOON HOCK KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) Tee Boon Hock, personaliti terbaru yang menjadi fokus media menafikan beliau menyalahguna kuasa untuk mendapatkan projek-projek di negeri Selangor untuk kepentingan peribadi.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya laporan akhbar "The Star" yang mendakwa saya menggunakan kepala surat dan cop rasmi exco kerajaan negeri itu untuk mendapatkan kontrak untuk kroni dan anggota keluarga saya," katanya pada satu sidang media hari ini.

Semalam akhbar itu melaporkan Boon Hock menggunakan kepala surat exco kerajaan Selangor Ronnie Liu untuk mengeluarkan surat sokongan untuk memperoleh kontrak bernilai lebih RM1 juta untuk 20 buah syarikat dari MPK sejak berkhidmat pada Julai 2008.

Ditanya apa tindakan beliau seterusnya, beliau berkata, "saya sedang berunding dengan peguam sama ada saya perlu memfailkan saman terhadap akhbar itu kerana saya tidak pernah mendapat kontrak dari MPK sepertimana yang didakwa."

Ronnie Liu juga menafikan membuat kenyataan kepada wartawan akhbar tersebut bahawa kepala surat pejabatnya disalahguna dan ahli majlis tersebut sedang disiasat oleh DAP.

Sementara itu, Ketua DAP Selangor Ean Yong Hian Wah berkata, DAP tidak akan ragu-ragu untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan perbuatan bertentangan dengan kepentingan awam.

"Kami tidak akan melindungi ahli dan pemimpin yang terlibat rasuah dan penyalahgunaan kuasa," tegas beliau.

"Perbezaan di antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) adalah bahawa kita akan menyiasat dan mengambil tindakan pada yang didakwa jika terbukti bersalah.

"Tapi BN akan melakukan apa sahaja yang mereka suka dan menyapu segala masalah ke bawah permaidani," katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud