Badan Perhubungan Umno Kedah dukacita dengan kekecohan yang berlaku sewaktu mesyuarat perwakilan Umno bahagian Sungai Petani semalam.
Sehubungan itu, timbalan pengerusinya, Datuk Paduka Ahmad Bashah Mohd Hanipah berharap kejadian seumpama itu tidak berulang di tempat lain.
Katanya, Umno Kedah akan mendapatkan laporan penuh dari wakil pemantaunya mengenai kekecohan tersebut dan pihaknya tidak boleh mengambil tindakan atau membuat cadangan berdasarkan laporan akhbar.
"Perhubungan negeri akan menunggu laporan rasmi yang lengkap dan selepas itu akan membuat keputusan mengenainya," katanya apabila diminta mengulas kejadian tersebut.
Media hari ini melaporkan mesyuarat yang berlangsung di Sungai Petani Inn itu menjadi kecoh apabila sekumpulan perwakilan, termasuk Wanita, yang tidak berpuas hati dengan ketua bahagian, Ali Yahaya, bangun dan secara terbuka memintanya melepaskan jawatan dan menghalangnya daripada berucap.
Ketika ditemui pemberita selepas menutup majlis anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di Kampung Baru Jemerli, Merbau Pulas, hari ini Ahmad Bashah berkata beliau berkata Umno tidak akan terburu-buru membuat keputusan berdasarkan jawapan satu pihak sahaja.
Katanya laporan tersebut akan diserahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk membuat keputusan sama ada menggantung bahagian itu atau mengenakan tindakan disiplin kepada pihak terbabit.
- Bernama