ARTIKEL SEBELUM

29/07/10

Kes Pisau Lipat 20 Sen tangguh

Oleh Fazli Othman

KUALA KUBU BHARU - Mahkamah Majistret Kuala kubu Bharu sekali lagi menangguhkan kes pisau lipat berharga 20 sen yang membabitkan Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Fariz Musa serta empat anggota AMK yang mengundang spekulasi bahawa kes tersebut tidak lebih mainan politik semata-mata.

Menurut Fariz mahkamah pagi tadi menetapkan 9 November depan untuk meneruskan perbicaraan itu.

"Ini cukup jelas menggambarkan kes ini sepatutnya dibuang kerana ianya melibatkan pisau lipat yang berharga 20 sen yang digunakan oleh budak tadika dan pelajar sekolah untuk mengasah pensel.

"Ada unsur-unsur politik untuk menekan kita, bagi saya tindakan ini tidak berasas untuk pendakwa raya meneruskan kes ini," tegas Fariz.

Pendengaran kes itu sebelum ini telah ditangguhkan pada 28 Julai lepas.

Penangguhan ketika itu dibuat oleh Hakim Zuraidah Zakaria kerana ketiadaan kertas penyiasatan (IP) daripada pihak pendakwa raya.Fariz da empat anggota AMK ditahan 21 April lalu ketika kempen pilihah raya kecil Hulu Selangor atas dakwaan di bawah Akta Kanun Keseksaan Seksyen 426, kerana memiliki senjata berbahaya dan bahan letupan.

Mereka dituduh memiliki beberapa keping pisau lipat yang dipercayai digunakan untuk menurunkan kain rentang Barisan Nasional yang dianggap perbuatan provokasi semasa kempen PRK Hulu Selangor.

Peguam Mohd Radzlan Jalaludin yang mewakili Fariz dan ahli AMK terbabit berkata IP masih lagi berada di Pejabat Ketua Unit Pendakwaan Selangor yang berkemungkinan menilai semula samada perlu atau tidak meneruskan pertuduhan itu.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud