KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda Pas Pusat mengajak orang ramai menunjukkan sokongan terhadap Kempen Taknak Judi dengan me- yertai perhimpunan anjuran Gerakan Rakyat Mansuh Judi (GMJ).
Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan At-Tantawi berkata, semua anggota Dewan Pemuda Pas diharapkan dapat hadir beramai-ramai menjayakan Majlis Pelancaran Kempen Taknak Judi di Pekara- ngan Masjid Negara Kuala Lumpur.
Menurutnya, perhimpunan dijangka bermula pada jam 2 petang hari ini akan disertai pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tanpa mengenal bangsa dan agama.
“Semua anggota perlu menunjukkan sokongan padu terhadap kempen ini dengan menjayakan majlis pelancarannya di sini bersama 60 NGO yang menjadi anggota GMJ.
“Seharusnya seluruh rak-yat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama dapat bangkit dengan penuh kesedaran untuk menyertai kempen ini dengan sasaran tiga objektif utama demi kesejahteraan rakyat dan negara,” katanya ketika ditemui di sini.
Nasrudin berkata, kempen dijalankan bertujuan untuk mendidik rakyat agar membenci aktiviti perjudian yang mendatangkan keburukan kepada si pelakunya.
Menurutnya, kempen juga bertujuan agar penguatkuasaan undang-undang berkaitan judi dapat dipertingkatkan atas kesedaran dan sensitivity rakyat negara ini secara keseluruhannya.
“Kita juga mensasarkan pemberian lesen judi dapat dikurangkan dan dipantau berdasarkan kepentingan serta kemudaratan yang bakal terjadi.
“Rakyat seharusnya memiliki keazaman tinggi untuk membebaskan negara daripada judi yang pasti membawa kesan atau implikasi buruk terhadap masa depan generasi muda sekali gus meruntuhkan peradaban dan sistem sosial negara,” katanya.
Katanya, pelekat menarik “Sayangi Keluarga Tak Nak Judi” turut diedarkan secara percuma semasa majlis itu berlangsung.