ARTIKEL SEBELUM

21/07/10

Janda Gersang tahap gaban



TAMAN RAKYAT JAYA, TERENGGANU- Tidak pernah serik, biarpun pernah ditangkap khalwat dan didakwa di mahkamah atas kesalahan dilakukan, seorang janda tetap melakukan perbuatan terkutuk bersama teman lelakinya.

Bagaimanapun, janda itu kini menerima nasib malang apabila dia dicekup khalwat kali kedua sehingga didakwa di mahkamah atas kesalahan dilakukan.

Dalam satu kes perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Dungun, Orang Kena Tuduh (OKT), Rosliza Harun, 35, dituduh berkhalwat dengan seorang duda, Razri Muhammad, 25, di rumahnya.

Mengikut pertuduhan, dia ditangkap kerana berada dalam keadaan menimbulkan syak wasangka bersama pasangannya yang bukan muhrim di rumahnya diTaman Rakyat Jaya, Balai Besar, Dungun.

Mengikut fakta kes, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota penguat kuasa syariah membuat serbuan ke rumah OKT kira-kira jam 11.50 malam, 10 Mac 2010.

Sebaik pintu diketuk, seorang perempuan (tertuduh) membuka pintu, dan pemeriksaan lanjut menemui seorang kanak-kanak lelaki tidur di ruang tamu. Bagaimanapun, pasangannya cuba melarikan diri melalui pintu namun anggota penguat kuasa berjaya menahannya.

Hasil soal siasat mendapati pasangan lelaki itu tidak mempunyai sebarang pertalian muhrim dengan janda yang pernah ditahan kerana berkhalwat sebelumnya iaitu pada 21 April 2008.

Kedua-dua OKT dituduh mengikut Seksyen 31 (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu kerana kesalahan berkhalwat, jika sabit kesalahan ia boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Selepas meneliti penghujahan pendakwa raya, Azmi Tengah dan mendengar rayuan kedua-dua OKT, Hakim Syarie, Hamidi Shafie kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM2,800 (hukuman otak hakim) kepada kedua-dua tertuduh atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud