ARTIKEL SEBELUM

8/07/10

Isteri curang dicekup di rumah kongsi

BUTTERWORTH: Gara-gara tergoda dengan ketampanan seorang lelaki dari Ambon, Indonesia, seorang wanita beranak lima dikatakan sanggup menduakan suami dan memadu kasih bersama teman lelakinya itu di sebuah rumah kongsi di Bukit Mertajam di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, hubungan sulit pasangan itu terbongkar selepas beberapa pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menyerbu rumah kongsi yang menjadi tempat mereka memadu kasih sejak beberapa bulan lalu.


Lebih menyedihkan kerana ketika wanita berusia 48 tahun itu berseronok bersama pasangannya berusia 38 tahun di rumah kongsi milik warga asing itu, suaminya pula sibuk membanting tulang di sawah mencari rezeki halal.


Hubungan cinta terlarang itu dipercayai berputik sejak beberapa bulan lalu apabila wanita itu tersalah menghubungi rakannya melalui panggilan telefon.


Penolong Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Ibrahim Md Jaki, berkata ketika diserbu kira-kira jam 11 pagi kelmarin, pintu sebuah bilik rumah kongsi itu didapati tertutup, tetapi tidak berkunci dan selepas dibuka, pasangan terbabit ditemui dalam keadaan berpelukan.


Beliau berkata, siasatan awal mendapati warga Indonesia itu sudah bercerai dan mempunyai dua anak di negara asal, tetapi memberi alasan tidak mengetahui pasangannya sudah berkahwin dan mempunyai anak.


“Pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Seberang Daerah Prai Tengah di Bandar Perda untuk dibuat laporan tangkapan dan ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud