SHAH ALAM, 15 Julai — Adun BN dari Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Lias menolak usul yang membolehkan beliau dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) atas alasan pelantikan itu bermotifkan politik.
Usul itu dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi membolehkan pelantikan itu dibuat secara rasmi.
Kerajaan negeri Selangor diterajui oleh Pakatan Rakyat.
Kini jawatan pengerusi PAC di Parlimen dan DUN diketuai oleh wakil kelab penyokong kerajaan manakala pembangkang pula berkhidmat sebagai anggotanya